Ayuh Gempur Pahala Jumaat! | SERBA ALAH SERBA ALAH: Ayuh Gempur Pahala Jumaat!
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Friday, September 19, 2014

Ayuh Gempur Pahala Jumaat!




Hari ini adalah hari Jumaat. Seperti biasa, kita tahu hari ini adalah hari untuk bersolat Jumaat. Tapi adakah ianya sekadar pergi bersolat Jumaat, mendengar khutbah dan balik seperti tiada apa-apa yang berlaku pun?

Oh, tidak sama sekali.

Allah Taala telah menetapkan Hari Jumaat sebagai Penghulu Segala Hari, dikenali juga dengan nama Sayyidul 'Ayyam. Sudah semestinya ada rahsia gempak di sebalik hari Jumaat ini. Saya tidak mahu berbicara soal rahsia Hari Jumaat ini, kerana saya ingin berkongsi amalan-amalan gempur pahal Jumaat bersama anda. Dan ya, amalan-amalan ini sudah semestinya menjadi kelaziman ibadah para wali dan ulama' zaman dahulu.






AMALAN PERTAMA: Memotong kuku serta mencukur bulu (bulu ketiak, bulu ari-ari).

AMALAN KEDUA: Membaca Surah Ali-Imran.

AMALAN KETIGA. Membaca Surah Al-Kahfi.

AMALAN KEEMPAT. Mengucapkan Selawat Ke atas Nabi SAW.

AMALAN KELIMA. Membaca Yassin.

AMALAN KEENAM. Mandi Sunat Jumaat.

AMALAN KETUJUH. Solat Jumaat.

AMALAN KELAPAN. Berdoa Bersungguh-sungguh antara masa lapang dua khutbah, ataupun antara waktu asar sehingga maghrib.

AMALAN KESEMBILAN. Banyakkan bersedekah.

AMALAN KESEPULUH. Banyakkan berzikir dan beristighfar.


Nampak simple dan mudah, tapi itulah antara amalan-amalan lazim para wali dan ulama' dahulu. Yang penting bukanlah darjah kesusahan amalan itu, tetapi sifat istiqamah dan tawakkal serta berserah kepada Allah Taala lebih penting.

Saya boleh beritahu anda amalan para wali yang berdarjah kesukaran 'Hardcore' kalau anda mahu. Sama ada amalan zikir khusus berjumlah 7,777 kali, ataupun membaca surah tertentu sebanyak 100,000 kali. Tapi untuk permulaan, latihlah diri dahulu dengan zikir dan amalan yang senang serta beristiqamahlah. Allah Taala tak lihat darjah kesukaran amalan kita, Dia melihat kadar istiqamah kita. Wallahu'alam.

SELAMAT HARI JUMAAT!


Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي
Dapatkan panduan kencang E-Book di sini : Rahsia Penulis E-Book
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes