Asas Perihal Bangsa Melayu | SERBA ALAH SERBA ALAH: Asas Perihal Bangsa Melayu
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Saturday, September 20, 2014

Asas Perihal Bangsa Melayu

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dikasihi Ilahi sekalian.

Terdetik di hati saya berkat hasil analisis dan pembacaan saya selama ini, untuk berkongsi ilmu dengan anda berkenaan perihal bangsa Melayu. Jadi saya akan kupas dari sudut sejarah dan demografi dahulu, dan saya akan berikan timeline sejarah Melayu supaya senang anda mengingati dan menghafalnya.


Dunia Peradaban Melayu



Apa itu Melayu?
  • Satu bangsa besar yang menghimpunkan ras-ras dan etnik kecil Asia Tenggara di bawah satu payung besar, iaitu payung Melayu. Kesemua ras dan etnik ini mempunyai kod gen DNA yang sama antara satu sama lain, cuma dipisahkan oleh perbezaan kecil dalam kekurangan atau kelebihan kod gen DNA mereka, asal-usul budaya mereka serta sejarah kemunculan mereka. 
  • Contohnya, Melayu Champa agak berbeza dengan Melayu Jawa dari segi kajian asal-usul, sejarah dan kebudayaan mereka. Tetapi terdapat juga banyak persamaan di antara mereka dalam konteks dan aspek yang sama.

    Definisi bangsa Melayu dari sudut falsafah Islam.

    • Dalam bahasa Sanskrit, bangsa Melayu diistilahkan sebagai Malai-ur dan Malayur. Dalam bahasa Cina, orang Melayu dikenali sebagai Kun-lun dan Mala-yuo. Bahasa Arab pula menyebut orang Melayu sebagai Bani Jawi dan Al-Malayuwiyah, bangsa 'Ajam (bukan Arab) yang agung. 
    • Perihal hubungan perdagangan peradaban Melayu dengan dunia dan kisah suka duka pelayaran orang Melayu ke serata dunia sudah ada sejak era 1,000 Sebelum Masihi lagi dengan adanya catatan Mesir Purba melalui hikayat popular 'Tales of the Shipwrecked Sailor', ukiran figura Raja Perahu dan Permaisuri Hati mewakili raja Melayu purba di dinding makam pemerintah Firaun, serta sumbangan pelaut Melayu kepada dunia perkapalan moden melalui idea 'Square Rigged Sail', 'Gallant Sail' dan 'Balanced rigs' yang diperkenalkan oleh pelayar Melayu purba. Di kalangan masyarakat purba Eropah, orang Melayu dikenali sebagai 'Viking of the East', di mana skil pelayaran orang Melayu adalah sama hebat seperti orang Viking Eropah. Ini dibuktikan dengan pendapat popular sarjana Eropah yang mengatakan bahawa seawal 200 Sebelum Masihi, orang Melayu sudah pun kelihatan di pelabuhan serata Eropah untuk berdagang khususnya di kawasan Kievan Rus (Rusia), Gaul (Perancis) dan bandar-bandar di Rom dan Greek.
    Gambaran pelayar Melayu menarik tali layar.
    • Keluarga bahasa bangsa ini, termasuklah dialek Kelantan-Patani, dialek Jawa, dialek suku Temiar asli, dialek Dayak, dialek Acheh, dialek Bugis, dialek Suluk, dialek Maori New Zealand, dialek Hawaii berada di dalam keluarga bahasa yang sama iaitu keluarga Malayo-Polinesian. Perhatikan nama Malayo di situ. Jadi tidak hairanlah jika pada tahun 1890, Raja Kalakaua yang memerintah pulau Hawaii fasih bertutuh dalam bahasa Melayu ketika berjumpa dan melepak bersama Sultan Empayar Johor iaitu Sultan Abu Bakar I.
    • Bahasa Melayu adalah satu bahasa keluarga besar (Parent-Language) yang berdiri sendiri (stand-alone) yang tidak diketahui asal-usulnya. Bahasa Melayu mengalami proses kemajuan pada era perhubungan dengan penduduk India dan Iran (khususnya bangsa Aryan) melalui bahasa Sanskrit, kemudiannya mengalami penstrukturan semula secara total melalui perhubungan dengan bangsa Arab yang mana perkataan bahasa dan nahu Arab diperkenalkan bersama-sama tulisan rasmi bahasa Melayu pada masa kini, iaitu tulisan Jawi. 
    • Dalam era Khalifah Islamiyyah, bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa pengantara utama dalam bidang kajian Tasawwuf dan Kesufian. Banyak salinan kitab-kitab turath ulama' dan wali-wali Dunia Melayu telah dihantar ke wilayah Arab atas perintah Khalifah sendiri, di mana guru-guru agama Dunia Melayu juga telah diminta untuk mengajar Tasawwuf di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa, serta pusat-pusat pengajian Dunia Islam yang terkenal seperti Universiti Al-Azhar dan Pusat Pengajian Nizamul Mulk. Diberitakan dalam hasil tulisan para ulama' Arab, guru-guru agama dari Dunia Melayu adalah sangat pakar dalam bidang Tasawwuf dan Kesufian, di mana kebanyakan daripada mereka adalah guru mursyid dan 'khalifah' di dalam aliran tareqat masing-masing.

    Antara ulama' (Juga wali-wali) dari Dunia Melayu.
    • Rekod awal kemunculan bangsa Melayu mengikut kajian Prof. Stephen Oppenheimer adalah pada 34,000 sebelum masihi. 
    • Mengikut kajian awal Rabbi Jacob Bavonicci, leluhur bangsa Melayu juga dikatakan sebagai generasi baru puak Akkadia, Midia yang bersaudara jauh dengan bangsa Yahudi di Timur Tengah, mula membanjiri kawasan Asia Tenggara. Hal ini menjelaskan keterdapatan kod genetik Yahudi dalam kod genetik bangsa Melayu. Golongan Melayu Malaysia mempunyai kadar kod genetik Yahudi yang paling tinggi di Asia Tenggara, iaitu antara 10% - 50% (kajian UKM). Ini masih lagi kajian awal, walaupun laporan telah dikeluarkan tentang peta kod genetik bangsa Melayu yang mengesahkan bahawa orang Melayu mempunyai persamaan dengan suku Yahudi dari segi peta genetik. 
    • Struktur agama bangsa Melayu pada awalnya adalah mengikut konsep shamanisme, di mana pemujaan semangat alam sekitar, hantu dan dewa dipraktikkan walaupun mereka percaya dengan adanya satu Tuhan sebagai kuasa besar yang mengawal alam semesta. Menjelang abad ke 2, ajaran Hindu dan Buddha mula memasuki Asia Tenggara. Indonesia adalah pendukung kuat ajaran Hindu-kejawen (Hindu bercampur adat tempatan) manakala di Semenanjung Malaysia dan Tanah Besar Indochina pula, kerajaan melayu di sana adalah pendukung kuat ajaran Buddha Mahayana.
    • Islam mulai masuk dipercayai ketika Nabi Muhammad SAW masih hidup, berdasarkan rekod perdagangan yang pesat antara Dunia Melayu dan Dunia Arab (kajian SQ Fatimi). Antara petempatan Islam yang terawal adalah di Acheh, Pasai, Tanah Merah Kelantan dan Kedah Tua. Namun gerakan pengislaman besar-besaran hanya berlaku pada zaman Sultan Meurah Silu "Malikus-Saleh" mewakili kerajaan Samudera-Pasai, serta pada zaman Sultan Parameswara Iskandar Syah mewakili Empayar Kesultanan Agung Melayu Melaka. Pada masa itu, gelaran 'Gabenor Dunia Islam di Timur Jauh' telah diberikan oleh Khalifah kepada Sultan Melaka sebagai mewakili payung Ummah di Timur Jauh.

    Raja-Raja Melayu di Malaysia.
    • Kerajaan yang dipercayai kerajaan Melayu pertama adalah kerajaan Matahari Aroi (Aroi Sun Kingdom) yang terkenal di Asia Pasifik pada 10,000 sebelum Masihi. Selepas itu, tamadun Dong-Son di Vietnam muncul sebagai pusat peradaban Dunia Melayu di samping kemunculan Kerajaan Kedah Tua yang akhirnya berevolusi menjadi Empayar Melayu Langkasuka. Hasil dari kerjasama persaudaraan antara masyarakat Indonesia dan Malaysia, Empayar agung Srivijaya muncul sebagai kuasa maritim dunia yang pertama. Selepas serangan kerajaan kecil Chola India ke atas wilayah Empayar Srivijaya khususnya di bandar Kedah Tua, dinasti Sailendra Jawa muncul. Ada di antara kerabat diraja Sailendra yang dihantar ke Indochina untuk menjadi Raja Angkor serta raja Kerajaan Khmer. Kerajaan Dharmaraja (Nakon Sri Tamarrat, Ligor) muncul sebagai wakil Sailendra yang berevolusi menjadi Kerajaan Majapahit Jawa. Kemunculan kuasa Thai di Asia Tenggara menyebabkan kerajaan Dharmaraja berpindah janji kepada Thai. Pada masa inilah Empayar Kesultanan Agung Melayu Melaka wujud sebagai pewaris sah Empayar Srivijaya, menjadi juara Dunia Islam di Nusantara dan akhirnya menjadi batu asas kepada konsep era moden Kesultanan Melayu di Malaysia pada hari ini.

    Wajib diingat, Dunia Melayu tidaklah merangkumi Semenanjung Malaysia saja. Bahkan ianya merangkumi seluruh Asia Tenggara di mana terdapatnya kesan-kesan tinggalan maharaja Melayu lama yang memerintah kerajaan besar seperti kerajaan Angkor, kerajaan Khmer, Champa dan sebagainya. Turut disebutkan bahawa terdapat komuniti Melayu di Indochina seperti komuniti Melayu Kemboja dan Melayu Cham. Jadi, Dunia Melayu sebenarnya sangat luas walaupun kuasa sebenar bangsa Melayu adalah di Indonesia dan juga Malaysia. Bahkan seluruh masyarakat Melayu di dunia masih mengangkat Majlis Raja-Raja Melayu di Malaysia sebagai pewaris sahih legasi Empayar Melayu.

    Sampai sini sajalah kupasan asas Bangsa Melayu pada hari ini. Kalau saya mahu cerita panjang lebar, memang sebulan baru boleh habis. Ini kerana sejarah peradaban Melayu sebenarnya sangat tua sehinggakan ramai ahli sejarah barat menggelar peradaban Melayu sebagai 'The World's Cradle of Civilization' (tempat lahirnya tamadun awal di dunia). Ingat, ini perjuangan anak bangsa kita. Dan sesungguhnya Allah tidak akan memberi Bumi Nusantara sebagai amanah jagaan bangsa Melayu tanpa sebab.

    Timeline sejarah Melayu.

    Saya mohon kerjasama para pembaca untuk komen 'like' di sudut komentar, sekiranya anda mahu saya publish E-Book untuk menerangkan tentang Sejarah Melayu ini. Dan saya akan kupas lebih banyak rahsia lagi dalam E-book saya itu jika cadangan saya mendapat sambutan dari para pembaca sekalian. Insya-Allah.

    Terima kasih.


    Ikhlas dari,
    Muhammad Shafrizal
    Facebook account : محمد شفريزل عزمي
    Dapatkan panduan kencang E-Book di sini : Rahsia Penulis E-Book

    -----------------------
    Like the Post? Share with your Friends:-

    Team SB
    Posted By: Shaf Azmi

    0 KOMEN:

    POST A COMMENT

    Contact Us

    Name

    Email *

    Message *

     

    POLIS TRAFIK

    FACEBOOK PAGE

    PARA PENGIKUT

    Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
    Designed by :-Way2themes