10 Faktor Kegagalan Penulis Ebook | SERBA ALAH SERBA ALAH: 10 Faktor Kegagalan Penulis Ebook
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Saturday, September 20, 2014

10 Faktor Kegagalan Penulis Ebook

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua pengikut tegar blog ini, semoga anda semua dirahmati dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Ilahi.

Dalam post ini saya akan terangkan 10 faktor kegagalan penulis Ebook. J. A. Konrath, seorang jutawan Ebook Amerika Syarikat yang telah membina empyar jualan sebanyak 10 juta USD setahun, pernah menggariskan 10 faktor kegagalan penulis Ebook. Dan pada post kali ini, saya akan menerangkannya berdasarkan pengamatan dan pengalaman beliau.



10 Sebab Yang Wajib Penulis Ebook Perhatikan



1# Terlalu banyak bereksperimen -

Terlalu banyak kajian yang telah anda lakukan akhirnya telah menjerat anda sendiri. Oleh itu, satu rancangan dan pelan tindakan yang tersusun dan strategik wajib dirangka dan diikuti dengan disiplin yang tinggi. Tidak perlu risau akan pandangan umum terhadap Ebook anda, kerana terdapat pakar-pakar Ebook di Malaysia yang boleh membantu anda dari segi pandangan dan ulasan mereka.

2# Ebook kita teruk -

Ianya mungkin tidak sesuai dengan citarasa pembeli dari segi design yang tidak menarik, tajuk yang tidak menepati citarasa pembaca, kandungan yang tunggang-langgang serta faktor lain-lain. Oleh itu, anda hendaklah berikan Ebook anda kepada rakan-rakan di sekeliling anda dahulu untuk mendapatkan pandangan serta ulasan mereka. Ianya penting untuk anda perbaiki Ebook anda sebelum diwar-warkan kepada para pembeli.

3# Tiada promosi Ebook -

Kita yang menulisnya, jadi kita wajib untuk mempromosikan ia sebagai satu agenda kita untuk menjana keuntungan di internet. Kitalah pemilik bisnes Ebook kita. Jadi, lakukanlah promosi Ebook secara konsisten dan menepati peraturan asas seperti tidak melakukan spam, tidak menjatuhkan kredibiliti orang lain dan sebagainya.

4# Harga Ebook yang terlalu tinggi -

Nasihat saya, janganlah terlalu tamak. Niat kita adalah untuk membantu anak bangsa berjaya, jadi kenakanlah bayaran yang sesuai dengan kemampuan masyarakat semasa. Lagipun penulisan Ebook adalah satu aktiviti yang percuma saja, anda hanya perlu membuat kajian dan menulis. Yang memerlukan sedikit kos adalah gaya pemasaran Ebook anda, itupun jika anda menggunakan khidmat upah membuat laman squeeze page, melanggan khidmat e-mail autoresponder, menggunakan khidmat hosting page dan membayar tapak domain. Menurut kajian semasa, nilai harga relevan untuk sesebuah Ebook bagi masyarakat Malaysia adalah dalam purata RM20 - RM60.

5# Terlalu banyak promosi Spam -

Ingat! Promosi berbentuk spam hanya akan menjatuhkan kredibiliti dan kepercayaan para prospek pembeli terhadap kita. Jadi janganlah sesekali melakukan aktiviti spam. Apabila di forum, ikutlah peraturan forum itu dan tanyalah forum mod sekiranya ada apa-apa kemusykilan. Apabila di laman sosial, maka elakkan dari membuat aktiviti spam terhadap profile rakan-rakan anda yang lain. Gunakanlah page ataupun group iklan percuma.

6# Menjadi penulis yang tidak beretika -

Elakkan daripada menulis perkara yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan maruah orang lain. Kita bukannya penulis akhbar tabloid yang hidup dengan menjadi paparazzi artis dan menulis segala macam cerita mengenai mereka. Kita adalah penulis profesional dan berniat untuk mengisi masyarakat kita dengan segala bentuk ilmu pengetahuan. Jadi tulislah perkara yang baik, benar, nyata dan sahih serta dengan perasaan yang jujur saja.

7# Gaya penulisan masih bercorak kebudak-budakan -

Saya sudah menyentuh mengenai perkara ini dalam artikel bertajuk Fundamental Penulisan Ebook terdahulu. Elakkan menulis dengan menggunakan short-form, gaya tulisan berbentuk sms, menggunakan bahasa pasar dan bercorak kebudak-budakan. Gunakanlah Bahasa Melayu formal dan biarlah beradab dalam gaya penulisan anda. Para pembeli anda umpama anak murid anda sendiri, jadi berlaku sopanlah kepada mereka dan janganlah sesekali menghina mereka.

8# Malu dan sombong untuk merujuk kepada pakar -

Sikap ini harus dielakkan. Mintalah nasihat dan bimbingan daripada pakar. Mereka tahu apa yang kita patut lakukan. Dan adalah tidak salah untuk kita mengupah mereka memasarkan Ebook kita, membuat laman web untuk kita dan sebagainya. Ini akan membantu mengukuhkan kredibiliti kita di mata pakar-pakar, dan tidak mustahil mereka akan menjemput kita untuk bekerjasama dengan mereka dalam projek-projek mereka suatu hari nanti.

9# Kita selalu inginkan kejayaan dalam masa yang singkat -

Tiada perniagaan yang menjamin keuntungan dalam masa yang singkat, dengan hanya goyang kaki di rumah saja. Ini kebenaran yang tidak dapat anda sangkal. Walau bagaimana bagusnya Ebook nukilan anda, anda wajib berusaha untuk memastikan Ebook anda dikenali dan diminati ramai. Promosi, promosi dan promosi secara konsisten. Ramai penulis Ebook yang berjaya bermula dari bawah. Ebook pertama mereka tidak mendapat hasil yang memuaskan. Namun mereka tidak mengaku kalah dan berusaha memperbaiki diri mereka. Kita wajib mencontohi sikap tidak mengaku kalah mereka.

10# Anda masih tiak menulis Ebook -

Ha, ini memang masalah parah. Kalau anda tidak menulis Ebook, bagaimana anda mahu menjana keuntungan? Mulakan langkah kanan anda dengan lafaz Bismillah, dan mula menulis Ebook anda sekarang juga!

Ebook boleh juga menjadi medan dakwah kita selain menyalurkan ilmu pengetahuan kita untuk kegunaan para pembaca. Bagi yang beragama Islam, anda boleh juga menulis Ebook ber-niche agama dan pasarkan kepada umum. Insya-Allah, usaha anda akan mendapat keberkatan dari Ilahi.

Jangan berdalih lagi, mulakan langkah kanan anda sekarang!

p/s : Saya sedang mengusahakan Ebook yang menceritakan Sejarah Melayu hasil kerjasama kajian dengan figura terkenal dalam bidang sejarah seperti kumpulan The Patriots, Cik Serikandi Mistisfiles, Al-Semantani Jones, saudara Benign dan lain-lain. Saya akan umumkan pada semua apabila Ebook saya sudah diterbitkan nanti.

Sila klik gambar di bawah jika anda mahu panduan dan tips rahsia menulis Ebook dan menjana RM12K melalui penjualan Ebook!



Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي
Dapatkan panduan kencang E-Book di sini : Rahsia Penulis E-Book
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes