Jana Pendapatan di Internet | SERBA ALAH SERBA ALAH: Jana Pendapatan di Internet
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Sunday, September 21, 2014

Jana Pendapatan di Internet

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, para pembaca sekalian. Semoga anda semua dirahmati Ilahi selalu.

Saya tahu, topik ini mungkin sudah lapuk dan sesetengah pengguna internet mungkin telah mengalami pengalaman buruk sepanjang percubaan untuk menjana pendapatan dari internet. Jatuh bangun adalah perkara biasa dalam kehidupan. Yang penting adalah kebolehan anda untuk bangkit dari kegagalan. Itulah yang mejadikan anda seorang yang sangat istimewa di hadrat Allah Taala, kerana Dia cintakan hamba-Nya yang kuat semangat dan tidak pernah berputus asa.


Nak berniaga di internet? 


Mari kita teruskan pada cara-cara untuk menghasilkan pendapatan di internet.

1 - Blog -

Kebanyakan pengusaha internet bermula dari blog sama ada blogspot, wordpress ataupun membeli hosting dan domain sendiri. Melalui blog, anda boleh menjadi rakan affiliate, membuat review untuk produk orang lain, mempromosi barang keluaran anda sendiri ataupun berjinak-jinak dengan program seperti Adsense and Nuffnang. Antara bloggers yang terkenal dalam lapangan blogging ini adalah blogger Denai Hati dan Ben Ashaari.

2 - Penulisan artikel
Anda boleh mencari perkhidmatan agensi yang mengupah anda untuk menulis artikel bagi mereka. Selain itu, anda juga boleh menghantar artikel ke laman blog dan website yang mahukan anda menulis artikel untuk mereka dalam niche serta bayaran tertentu. Selain itu, anda juga boleh menjana pendapatan dengan menulis artikel review untuk produk tertentu yang mana, pembaca artikel anda akan lebih tertarik dengan artikel anda lalu membeli produk tersebut.

3 - Program Affiliate
Bagi orang yang menjana pendapatan di internet dengan cara yang sangat menguntungkan tanpa perlu menghasilkan produk, ini adalah antara jenis-jenis cara mereka selain blog. Program Affiliate adalah program pemasaran total di mana anda hanya perlu memasarkan produk keluaran syarikat atau individu yang lain dengan apa jua cara sekalipun (kecuali cara spam). Anda akan menerima komisyen setelah jualan berlaku. Semakin banyak barang yang anda jual bagi pihak mereka, semakin banyak komisyen yang anda dapat.

4 - Penulisan E-Book
Siapa kata ilmu tidak berharga? Melalui pembacaan, pengetahuan serta pengalaman anda, anda boleh menjana pendapatan melalui penulisan E-Book. Dalam tahun 2012 saja, sudah ramai pengusaha E-Book internet yang kaya disebabkan penjualan E-Book mereka yang cukup laris seperti pisang goreng panas. Saudara Shuth, Adli Mukhtar, Ammar Zahar misalnya, telah berjaya mengutip hasil jualan sebanyak RM10K dan ke atas.

4 - Dropship
Saya baru saja terdengar jenis perniagaan ini. Sama ada ianya masih baru ataupun sudah lama dipraktikkan, saya pun tidak jelas dan maklum. Akan tetapi, strategi Dropship adalah di mana anda mempromosikan barang keluaran syarikat atau individu yang lain, melalui laman sosial, blog, Youtube dan sebagainya. Apabila pembeli membeli barang tersebut, duit akan diberikan kepada anda dengan harga pasaran. Dan anda hanya perlu bayar kepada syarikat ataupun individu yang menghasilkan barang tersebut dengan harga borong yang jauh lebih rendah seperti yang dipersetujui dalam perjanjian anda dengan syarikat ataupun individu yang menghasilkan barang tersebut.

5 - Pay-Per-Click dan Survey
Anda daftar, anda akan diberi e-mel untuk anda buka dan click. Anda melihat laman web seperti yang diarahkan dalam tempoh tertentu dan anda keluar. Hasilnya, anda dapat duit. Sama juga seperti survey. Anda diminta untuk menulis servey ataupun tinjauan dan cadangan untuk sesebuah syarikat, firma dan agensi dan anda akan mendapat duit hasil survey anda.

6 - MLM (Multi-Level Marketing)
Saya rasa tidak perlu untuk saya menerangkan tentang jenis perniagaan ini. Semua orang sudah pun tahu tentang hal ini, terutamanya sistem piramid, ponsi dan sebagainya.

Nasihat saya, rancanglah dengan teliti dan fikirkan sejauh mana keberkesanan jenis perniagaan yang anda pilih dari segi ekonomi dan kemampuan anda. Janganlah kerana inginkan keuntungan cepat, anda akhirnya kerugian teruk. Dan belajarlah dari sifu-sifu perniagaan internet yang sememangnya cukup handal. Selamat berjaya!


Semua ini boleh hasilkan duit, jika anda benar-benar berkebolehan
dan sangat rajin serta berdisiplin tinggi. 

p/s : Kalau nak belajar teknik dan rahsia tulis dan pasarkan E-Book dengan saya pun boleh. Tapi mesti ada bahan rujukannya dulu. Nantikan review ebook yang menjadi bahan rujukan utama saya dalam blog-post yang seterusnya.



Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي
Dapatkan panduan kencang E-Book di sini : Rahsia Penulis E-Book

-----------------------------------
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes