Fundamental Penulisan EBook | SERBA ALAH SERBA ALAH: Fundamental Penulisan EBook
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Friday, September 19, 2014

Fundamental Penulisan EBook

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua.

Sihat? Alhamdulillah. Tak sabar tunggu tips seterusnya? Baiklah, saya pun tak mahu berucap dengan panjang lebar lagi.



Anda sudah ada ilmu. Anda sudah ada pengalaman. Anda sudah pilih niche (rangkuman) yang anda mahu. Anda \sudah ada bahan kajian dan nota di tangan. Sudah tiba masanya untuk anda menulis E-Book anda.

Namun begitu, apakah yang wajib anda tulis?

Harus saya ingatkan anda bahawa menulis E-Book bukannya seperti menulis post blog anda. Jauh sekali menulis surat cinta dengan ayat yang meleret-leret. Pelanggan anda mahukan fakta dan langkah praktikal, serta ingin melihat hasil dari fakta dan langkah praktikal yang anda sudah laksanakan. Jadi elemen penulisan E-Book secara basic-nya adalah :

  1. Huraian Permasalahan
  2. Perlakuan dan pelaksanaan yang menjurus kepada masalah tersebut
  3. Cadangan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut
  4. Petua, tips dan panduan menyelesaikan masalah tersebut
  5. Keputusan hasil daripada menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan
Senang saja. Tidak perlu memberi point-point yang merepek dan terkeluar dari skop penulisan anda. E-Book itu sendiri dicipta untuk menghuraikan langkah-langkah menyelesaikan setiap masalah orang dalam niche tersendiri. Jadi tidak perlulah anda bersusah payah untuk menulis panjang lebar yang akhirnya akan membuatkan pelanggan anda bosan.

Jadi, anda sudah dapat memikirkan elemen-elemen tentang niche anda yang hadir dan mungkin juga hadir di kalangan masyarakat. Masa untuk menulis pula.

Ingat pesanan saya :
  • Kandungan haruslah ringkas dan padat dengan huraian dan penyelesaian beserta panduan penyelesaian. 
  • Bahasa haruslah ringkas, mudah tetapi berbentuk formal dan menunjukkan bahawa anda serius.
  • Kandungan juga haruslah teratur dan mengikut susunan yang anda sudah rancangkan.
  • Ayat-ayat haruslah pendek, ringkas dan mudah untuk difahami.
  • Jika mahu untuk menunjukkan masalah dan penyelesaiannya, anda harus letakkan gambar untuk memudahkan pelanggan anda mengikuti penulisan anda sehingga ke muka surat terakhir.
  • Pastikan fakta-fakta serta cadangan langkah-langkah penyelesaian adalah yang terbaru mengikut peredaran zaman.
Jadi, anda sudah pun boleh mula menulis E-Book anda sendiri. Alhamdulillah, saya ucapkan selamat berjaya kepada anda. Dan jangan tergesa-gesa, ada barang percuma untuk anda.


Ingin tahu rahsia mendapat jualan RM12K sebulan dengan hanya menulis E-Book? 
Klik gambar ini!

( Dan seperti biasa, freebies untuk anda : Profiteer's EBook )



Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي
Dapatkan panduan kencang E-Book di sini : Rahsia Penulis E-Book
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes