Ebook, Prinsip dan Kepentingannya | SERBA ALAH SERBA ALAH: Ebook, Prinsip dan Kepentingannya
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Thursday, September 18, 2014

Ebook, Prinsip dan Kepentingannya

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dimuliakan Allah sekalian. Saya doakan semua supaya berada di bawah rahmat Ilahi selalu. Sebelum ini kita sudah membincangkan tentang langkah awal dan kesilapan biasa yang dihadapi oleh penulis E-Book yang masih baru dalam bidang penghasilan dan penjualan E-Book ini.



E-Book, Prinsipnya dan Kepentingannya

Hari ini kita akan membincangkan tentang E-Book dan prinsipnya pula. Perlu diingatkan supaya anda faham apa fungsi dan kekuatan E-Book ini yang menjadikannya terkenal di dunia elektronik masa kini berbanding buku-buku kertas.

Apa itu E-Book? :

  1. Buku Elektronik (electronic book or E-book)
  2. Biasanya terdapat dalam format PDF
  3. Biasanya dihasilkan dalam Microsoft Word dan akhirnya ditukar formatnya menjadi PDF (.pdf)

Mengapa E-Book? :
  1. Mudah disimpan dan dipindah
  2. Mudah dicetak dengan harga yang murah
  3. Senang mendapat 'update' terbaru dari penulis buku
  4. Unik dan sangatlah mudah untuk anda mencari E-Book yang bersesuaian dengan kemahuan anda
  5. Menjimatkan kos (pembelian, penghantaran, 'update' dan lain-lain)
  6. Khas untuk mendidik pembaca engan cara mudah, berkesan dan berterusan
  7. Mudah ditulis dan di-'finalize'
  8. Keuntungan jualan adalah 100% kerana kos yang digunakan adalah RM0 ataupun hampir kepada RM0
  9. Mudah untuk dijual (melalui blog, minisite, media sosial dan lain-lain)

Mari kita lihat pula perbezaan antara buku konvensional dan E-Book.


Buku
E-Book
Wajib bertandang ke kedai buku untuk membeli.
Hanya perlu lawati laman web yang menjual e-book dan lakukan transaksi pembelian melalui internet.
Berat dan membebankan jika terlampau banyak. Tidak boleh disimpan dalam pendrive.
Boleh disimpan dalam pendrive, external hard-disk ataupun dicetak berulang kali.
Risiko terbakar, terkoyak, dimakan serangga ataupun diconteng. Terpaksa beli baru.
E-Book yang dicetak boleh digantikan sekiranya file E-Book masih ada dalam simpanan.
Kurangnya pembantu dan tempat untuk bertanya sekiranya mengalami kesulitan dan persoalan.
Boleh ber-konsultasi dan mengadakan perbincangan dengan penulis E-Book secara online sekiranya mahu bertanya.
Menghadapi masalah sekiranya buku dikemaskini. Keluar update baru, kenalah buat pindaan manual ataupun beli edisi baru.
Pindaan diberikan percuma oleh penulis E-Book. Cara untuk meminda juga diterangkan oleh penulis sendiri.
Pemakaian bahasa yang sangat tinggi dan mencapai standard sebagai buku ilmiah. Kadang-kala tidak dapat difahami.
Ringkas, padat dan tidak bercelaru. Mudah untuk difahami dan dipraktikkan.
Susah untuk menghubungi penulis.
Penulis boleh dihubungi selalu.


Jadi, anda sudah nampak kepentingan E-Book pada masa kini? Tambah lagi, kerajaan sudah pun melaksanakan proses pendidikan berteraskan IT di mana pelajar telah pun diberi komputer riba satu setiap seorang. Jadi tunggu apa lagi? Inilah masanya anda menjana keuntungan di samping berbakti kepada Ummah dengan mencurahkan ilmu dan kepakaran anda di bidang masing-masing.

Selamat berjaya!
Nak tahu rahsia Menulis E-Book terbaik dengan lebih lanjut? Sila klik gambar di bawah.


(Dapatkan E-Book Percuma anda di sini : Easy Squidoo Basics )




Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي
Dapatkan panduan kencang E-Book di sini : Rahsia Penulis E-Book


Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes