Kesilapan Dalam Menulis EBook | SERBA ALAH SERBA ALAH: Kesilapan Dalam Menulis EBook
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Wednesday, September 17, 2014

Kesilapan Dalam Menulis EBook

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dimuliakan oleh Allah sekalian. Saya berharap anda semua sihat sentiasa.

Bertemu kita dalam diskusi yang seterusnya berkaitan panduan membuat E-Book. Sebelum saya menyentuh dengan lebih mendalam tentang proses pembuatan E-book ini, saya ingin menjawab persoalan demi persoalan yang bermain di fikiran anda semua.




Topik : Kesilapan Newbie Dalam Menulis E-Book


1 - Silap memilih niche (genre) untuk menulis E-Book.
Dalam hal ini, sepatutnya anda memilih untuk menulis satu E-Book di mana anda cukup mahir dalam niche tersebut. Barulah anda senang untuk mencurahkan idea dan ilmu anda sehabis baik di dalam E-Book anda. Insya-Allah, para pembaca akan mendapati bahawa anda cukup ikhlas dalam berkongsi ilmu anda melalui E-Book anda. Tidak perlulah untuk anda terlalu mengikuti trend niche yang cukup top dalam satu-satu masa, akhirnya anda tersungkur kerana kurangnya ilmu anda untuk menulis E-Book untuk niche top tersebut. Ukurlah baju di badan sendiri.

2 - Kurangnya Kajian terhadap niche E-Book yang mahu ditulis.
Anda sudah tetapkan niche anda. Anda yakin anda punya ilmu dalam niche tersebut. Namun anda masih tidak mengetahui ada ilmu-ilmu lain yang anda terlepas pandang sehinggakan para pembaca sudah mulai mempersoalkan kredibiliti E-Book anda. Jangan sampai hal itu berlaku. Pastikan anda mempunyai ilmu yang secukupnya dan mampu untuk menjawab pertanyaan para pembaca anda dengan penerangan yang walaupun panjang lebar, tapi juga sarat dengan jawapan dan ilmu yang meyakinkan.

3 - Susunan kandungan E-Book yang berterabur dan format penulisan E-Book yang caca-marba.
Adalah rugi untuk anda menghasilkan E-Book yang caca-marba dari segi kandungannya sehingga membuatkan pembaca anda pening kepala dan akhirnya merasakan mereka rugi membeli E-Book anda. Susunlah kandungan dengan teliti tanpa meninggalkan apa-apa di belakang. Buatlah plan awal dan rujuklah kepada pakar penulis supaya anda jelas dan maklum dengan kandungan E-Book anda sendiri.

4 - Penggunaan ayat dan tatabahasa yang bercelaru dan terlampau bersahaja dalam penulisan E-Book.
Nasihat saya, bersikaplah profesional. Jangan tunjukkan pada pembaca anda yang anda masih berjiwa kebudak-budakan dan seakan tidak serius untuk mencurahkan ilmu kepada para pembaca anda. Sikap serius dan ikhlas anda boleh diperhatikan pada gaya penulisan dan tatabahasa anda. Gunakanlah tatabahasa yang rasmi (seperti anda tulis surat rasmi), gaya bahasa yang ringkas tapi padat serta tumpukan pada penerangan yang serba mantap. Elakkan menulis dengan gaya bahasa kata ringkas (shortform seperti spt, sbg, dsb), serta penggunaan bahasa pasar dan bahasa gedik (seperti jew, jer, la, bole, terbaek). Pendek kata, penggunaan bahasa anda mencerminkan niat anda... sama ada untuk membantu para pembaca ataupun sekadar mempermainkan mereka.


Ada banyak lagi kesilapan yang tidak sepatutnya anda lakukan dalam menghasilkan E-Book yang berkualiti tinggi, namun saya sarankan anda supaya dapatkan E-Book ini yang bertajuk 'Rahsia Penulis E-Book' untuk mengetahui rahsia selebihnya dengan lebih lanjut.


Jadi, nak tahu dengan lebih lanjut? Sila klik gambar di bawah.



(Dan seperti biasa, ada buah tangan misteri untuk anda : 15 Punca Kegagalan Bisnes Online )



Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي
Dapatkan panduan kencang E-Book di sini : Rahsia Penulis E-Book


Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes