Elemen Penting Penulisan EBook | SERBA ALAH SERBA ALAH: Elemen Penting Penulisan EBook
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Tuesday, September 16, 2014

Elemen Penting Penulisan EBook

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Semoga semua dirahmati Ilahi selalu hendaknya. 

Topik hari ini agak berat sedikit, tapi percayalah. Ianya sangat bagus untuk para pembaca yang ingin menghasilkan e-book sendiri dan menjualnya. Tapi saya tidak ingin masuk ke dalam diskusi topik cara-cara menjual e-book dahulu. Elok saja kita teliti bagaimana untuk menghasilkan e-book itu sendiri. Dan amaran, sila baca artikel ini sampai habis kerana ada buah tangan percuma untuk anda di akhir artikel ini nanti.

Sebagai seorang yang agak berpengalaman dalam menulis artikel untuk surat khabar dan majalah (saya juga melukis komik dulu), saya sangat maklum dengan segala macam masalah untuk menghasilkan isi e-book yang sangat berkualiti. Malah saya juga berguru dengan sifu-sifu e-book di internet yang mana mereka telah memberikan saya tunjuk ajar dan nasihat yang sangat bagus. Ini termasuklah abang Labanon, bro SmartZul, abang Irfan Khairi, encik Zamri Nanyan dan sebagainya. Terima kasih, guru-guruku.




Hari ni saya akan membincangkan tentang permasalahan yang bermain di minda anda semua tentang pembuatan e-book dahulu. Tak perlu tergesa-gesa, ilmu takkan datang gedebuk sekaligus. Kena ambil sedikit demi sedikit supaya mudah dihadamkan dan mudah untuk diingati.


Topik : Ilmu, Pengalaman dan Keyakinan

Selalu juga saya terdengar ayat "Camner nak tulis? Tak tau lah apa yang patut ditulis!", "Susahlah, tak tau apa-apa!" dan sebagainya. Okay, jangan risau, usah khawatir. Untuk menulis e-book, anda wajib tahu apa tingkatan ilmu anda dalam sesuatu yang anda mahu tulis.

Tingkatan 'Zero Knowledge' -
Bermakna anda tidak tahu apa-apa. Kalau anda berada di tingkatan ini, anda wajib mulakan langkah untuk mengetahui apa yang anda mahu tulis. Dalam hal ini, pembahagian masa dan sedikit perbelanjaan wang serta minat yang mendalam wajib ada dalam diri anda. Sebagai contoh, jika anda mahu menulis tentang Kek Lapis Sarawak, anda wajib tahu cara untuk membuatnya dan adalah lebih bagus jika anda sendiri pernah membuatnya. Anda wajib faham yang pada satu masa nanti, anda akan dihujani berbagai-bagai soalan tentang apa yang anda tulis. Sekiranya anda tak mahu dilabelkan sebagai golongan 'Zero Knowledge', anda wajib elakkan memberi jawapan 'Ya ke?', 'Entahlah', 'haaah?' dan sebagainya. Bagaimana caranya? Ilmu dan pengalaman anda akan menolong anda.

Tingkatan 'Newbie' -
Dalam tingkatan ini, anda sudah mempunyai sedikit ilmu dan pengalaman, namun anda masih kekok dan kurang rasa konfiden untuk menjawab berbagai persoalan yang dibangkitkan oleh pembaca anda. Ini bermakna anda masih perlu berusaha lagi untuk melengkapkan diri anda dengan ilmu dan pengalaman. Jadi, di sinilah anda harus mula menggunakan teknik 5 soalan iaitu Apa, Bagaimana, Kenapa, Di mana dan Siapa. Sebagai contoh,

Apa itu?
Bagaimana ianya dihasilkan?
Kenapa dan untuk apa ianya dihasilkan?
Di mana boleh saya belajar untuk hasilkannya? 
Siapa yang harus saya rujuk? Siapa pula target customer saya?   

Tingkatan 'Intermediate' - 
Dalam tingkatan ini, anda sudah mempunyai ilmu yang cukup, pengalaman yang tinggi dan tingkatan keyakinan yang tinggi untuk berdepan segala persoalan yang diajukan. Tanya saja apa soalan pun, anda boleh petik jari dan terangkan dengan panjang lebar sambil tersenyum. Alhamdulillah, anda sudah berada di jalan yang menjanjikan keuntungan, Insya-Allah. Namun begitu, anda masih baru dan belum mengecapi kejayaan dalam menjual apa saja yang anda nukilkan. Di sini anda masih perlu berusaha lagi, namun di lain lapangan pula iaitu strategi pemasaran (marketing strategy). Jangan risau, banyak panduan yang anda boleh dapati di luar sana dan saya akan bantu anda dengan seikhlas hati dan sebaik mungkin.

Tingkatan ' Expert/Advanced/Hardcore' -
Dalam tingkatan ini, hehehe... anda sudah boleh lupakan saya sebenarnya. Ya, anda sudah mencapai tingkatan yang teratas sekali. Anda ada ilmu, pengalaman, tingkatan keyakinan yang tinggi serta anda sudah mula mengecapi kejayaan yang mengagumkan. Saya pun sudah boleh mengucapkan 'Tahniah! Alhamdulillah, anda sudah berjaya! Jom belanja saya minum~' kepada anda. 

Jad berbalik kepada persoalan kita yang tadi : ...Di manakah tingkatan anda? Anda boleh mula tanya diri anda sendiri dan mulakan langkah anda dari sekarang. Bagaimana? Ini saya akan bincangkan pada artikel yang seterusnya. Semoga berjaya!


Nak tahu lebih lanjut? Klik gambar di bawah.

(Dan ini buah tangan anda : Panduan Basic E-Book )



Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي
Dapatkan panduan kencang E-Book di sini : Rahsia Penulis E-Book


Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes