BOOM! : Liebster Awards! | SERBA ALAH SERBA ALAH: BOOM! : Liebster Awards!
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Tuesday, September 16, 2014

BOOM! : Liebster Awards!

Nota atas : (Sudah membaca, apa kata tolong klik-kan link iklan Nuffnang di atas, tepi dan bawah tu. Pilih saja salah satu daripada ketiga-tiga iklan tu. Free saja, sahih tidak membawa kepada virus dan malware. Tolonglah saya ya. Insya-Allah, anda akan diberi pertolongan oleh Allah pula. Terima kasih~)


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang dimuliakan oleh Ilahi sekalian. Semoga anda menghadapi hari-hari yang indah selalu.




Ini kali pertama saya telah di-nominate dalam Liebster Award. Terima kasih kepada kakak Isma kerana telah nominate saya.

Jadi untuk siapa yang telah di-calonkan dalam LiebsterAward ni, ada syarat-syarat yang perlu anda patuhi. Jangan risau, ini sudah sangat bagus untuk memperkenalkan diri anda dalam dunia blogging ini, seterusnya memantapkan lagi traffik ke blog anda.

Syarat-syaratnya adalah :

  • Sertakan nama dan url sahabat anda yang telah calonkan anda dalam Liebster Award ini.
  • Sila jawab 11 soalan yang diajukan oleh sahabat anda yang mencalonkan anda.
  • Anda wajib mencalonkan 11 blog orang lain yang mempunyai potensi yang besar. Pandai-pandailah anda pilih.
  • Ciptalah 11 soalan anda sendiri untuk mereka jawab. Mereka wajib jawab soalan anda.
  • Maklumkanlah pada 11 sahabat anda yang tersenarai dengan apa cara sekalipun.


Okay, berikan saya masa untuk saya jawab soalan yang diajukan pada saya dulu.


1. Apa yang terjadi pada diri korang dalam dunia ni?
Secara peribadinya, saya pun tak tahu. Bukan bermakna saya bersikap acuh tak acuh, tapi saya adalah umpama awan yang bergerak ditiup angin. Ke sini, ke sana, semuanya digerakkan oleh-Nya. Alhamdulillah, saya tetap akan bersikap positif dan berusaha ke arah apa yang saya sudah rancangkan..

2. Yang mana korang lebih suka? Kurang kerja untuk dilakukan atau kerja banyak tapi anda memang minat kerja tu?
Saya memang tak suka duduk diam. Berilah saya sebanyak mana kerja sekalipun, saya akan buat dengan penuh rasa minat. 

3. Ada tak benda yang pernah membuatkan korang sedih satu ketika dulu yang menganggu kehidupan korang sekarang? Ada perubahan?
Saya pernah jatuh banyak kali. Sudah adat hidup diuji Allah dengan berbagai-bagai ujian. Sampai ada masanya saya menangis di atas tikar sembahyang di tengah malam. Tapi Alhamdulillah, Allah itu maha penyayang. Saya dapat bangun dari kejatuhan saya, banyak kali jugak lah. 

4. Adakah korang ni jenis kawan yang sama dengan korang harapkan daripada orang lain jugak?
Errr... saya menerima apa yang ada. Kalau itu sudah suratan-Nya, kepada Allah jualah kita berserah.

5. Apa yang korang betul-betul komited?
Komited untuk mencari rezeki, kerana Allah. Niatkan kerana-Nya dan jadikan apa yang kita buat itu sebagai ibadah kita. Saya percaya yang hidup ini adalah kerana untuk mengabdikan diri kepada-Nya.

6. Apa 1 perkara yang korang akan cakap kalau diberi peluang untuk menukar dunia ni?
Saya pohon agar dunia ini aman damai dan senang untuk kita mencari rezeki tanpa perlu menghambakan diri pada sistem matawang barat. Apa lagi, jom beli emas dengan saya.

7. Apa yang korang paling berterima kasih sangat?
Saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberi saya nikmat, seperti udara, makanan, minuman, tempat tinggal... dan nikmat yang paling agung, iaitu menjadi Umat Muhammad SAW dan berpeluang mengikuti syariat-Nya. 

8. Korang larikan diri dari apa?
Dosa yang berpanjangan tanpa taubat, hutang yang berjela, kefakiran dan kemiskinan, kemalasan serta kesempitan yang sangat menghimpit. Semoga Allah jauhkan kita semua daripada bala tersebut.

9. Jenis orang yang macam mana yang akan korang pilih sebagai teman hidup?
Yang cantik, yang putih, yang baik-baik dari keturunan yang baik-baik (kalau boleh nak yang Ahlul Bait) dan yang mampu kejutkan saya untuk bersolat tahajjud. Dan kalau boleh biarlah yang berkerjaya. Penat jugak saya kena kerja sorang-sorang. Kesian saya kerja di atas kapal, 3 bulan kerja baru boleh balik cuti 1 bulan.

10. Korang nak diingati sebagai apa?
Hahaha, saya tak mahu diingati oleh makhluk. Cukuplah Allah sentiasa redha dan ingat akan saya, walaupun ada masanya saya terlupa akan-Nya. Astaghfirullah.

11. Kehidupan yang macam mana yang boleh membuatkan korang rasa cemburu?
Saya cemburu akan kehidupan para Sahabat yang berpeluang hidup dan mati bersama Nabi SAW. Sebut saja nama Muhammad SAW, saya sendiri pun rasa mahu menangis dek kerana rindu yang amat sangat.


Diri saya yang kaki mengarut ini.


Jadi seperti yang dijanjikan, saya akan mencalonkan nama-nama untuk the next Liebster Awards.

  1. Nurul Azzianie
  2. Nurul Faiz Drifter
  3. Nur Syazwani Mohd Noor
  4. Bazlia Amoza
  5. Norasyimah Binti Saifullah
  6. Sakin Hani
  7. محمد ريزايرا
  8. Nadi Impian
  9. Ixbarr Abdullah
  10. Fauzan Al-Yildizlillar
  11. Isabella Idura

Untuk list url yang terlebih dari bilangan yang saya mahu tu, saya akan simpan untuk next project. Jangan risau, anda semua masih dalam pemerhatian saya baik mata kepala atau mata hati, Insya-Allah.

Jadi, disebabkan saya penat dan agak bermalas-malasan (perhatian, sikap ini tak baik untuk kesihatan anda). Jadi soalan saya pun tak banyak. Sikit saja. Enjoy~


  1. Apa erti kehidupan pada anda?
  2. Suka baca buku? Apa jenis buku?
  3. Apa hobi anda di masa lapang?
  4. Apa impian anda? 
  5. Makanan kegemaran anda?
  6. Suka dengar lagu genre apa? 
  7. Apa yang anda lihat pada persekitaran anda?
  8. Apa pandangan anda tetap masyarakat masa kini?
  9. Apa harapan anda untuk Malaysia?
  10. Apa ketakutan anda? 
  11. Sertakan doa dan pengharapan anda di sini. Bagi doa panjang berjela pun tak apa. Saya aminkan saja.

Jadi, sekian saja segmen Liebster Awards kita pada kali ni. Terima kasih dan selamat mencuba!



Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي

Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes