Gempak! : Hikayat Wira Agung Palestin 2014 (Briged Al-Qassam) | SERBA ALAH SERBA ALAH: Gempak! : Hikayat Wira Agung Palestin 2014 (Briged Al-Qassam)
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Friday, September 12, 2014

Gempak! : Hikayat Wira Agung Palestin 2014 (Briged Al-Qassam)

Nota atas : (Sudah membaca, apa kata tolong klik-kan link iklan Nuffnang di atas, tepi dan bawah tu. Pilih saja salah satu daripada ketiga-tiga iklan tu. Free saja, sahih tidak membawa kepada virus dan malware. Tolonglah saya ya. Insya-Allah, anda akan diberi pertolongan oleh Allah pula. Terima kasih~)


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Pagi tadi saya menerima e-mel dari kawan-kawan saya di Palestin. Mereka mengucapkan terima kasih kepada seluruh ummah di Malaysia di atas segala bantuan dan sokongan yang kita warga Malaysia telah sumbangkan. Pembangunan di Gaza pun sudah bermula, dan ada di kalangan ahli Al-Qassam sendiri yang sempat bersembang dengan saya melalui e-mel (Siapa? Itu rahsia antara saya dengan Biro Politik Hamas serta Briged Al-Qassam). Alhamdulillah, sumbangan kita semua sudah sampai di sana. Terima kasih juga kepada pertubuhan Aman Palestin, Viva Palestina, Aqsa Syarif dan pertubuhan yang lain kerana telah bertungkus lumus menjayakan program sumbangan ini. Semoga Allah Taala membalas jasa kalian semua dengan sebesar-besar balasan yang baik lagi agung.

Jadi sebagai menghargai pengorbanan mereka yang berjuang di jalan Allah, dengan semangat jihad yang cukup tinggi, saya dedikasikan post ini kepada seluruh penduduk Palestin, khususnya wilayah Jalur Gaza dan juga kepada ahli-ahli Briged Izzeddin Al-Qassam (Hamas), Briged Abu Ali Mustafa (PLFP), Briged Saraya Al-Quds (Jihad Islami), Briged Naseer Salahuddin (Fatah) dan lain-lain yang berkorban diri demi mempertahankan Palestin dan Al-Quds sebagai kiblat pertama umat Islam.


Skuadron pejuang elit yang lebih elit dari tentera Israel dan Amerika.


Hikayat Wira Agung Palestin 2014 (Briged Izzeddin Al-Qassam, Hamas)

Ditubuhkan pada 1987 serentak dengan penubuhan Harakat Al-Muqawamah Islamiyyah fi-Filistin (HAMAS), Briged Izzeddin Al-Qassam adalah satu sayap pertubuhan ketenteraan di bawah Hamas, walaupun mereka diberi kebebasan untuk bergerak sendirian tanpa pengawasan dan arahan atasan dari pihak Biro Politik Hamas, serta dipisahkan dari Biro Politik Hamas.




Brigade ini mengambil nama salah seorang Fedayeen (Mujahidin) yang gigih menentang pengganas Haganah Israel dan tentera British ketika tanah Palestin diambil untuk mewujudkan negara Israel haram. Fedayeen itu adalah as-Syahid Syeikh Izzeddin Al-Qassam, seorang syeikh dan pakar ilmu agama yang juga seorang murobbi dan guru mursyid tariqat Syadziliyah. Jadi kepada sesiapa yang menyatakan tarikat itu haram, korang secara automatik tidak layak untuk menyertai jemaah pejuang Hamas Palestin kerana kesemua ahli termasuklah ahli politik adalah ahli tariqat dan ahli zikir, wallahu'alam.


Sebelum melancarkan operasi perang ataupun Ribath (berkawal), mereka berdoa dan bersolat dulu.

Pada awal penubuhan mereka, mereka hanya mempunyai beberapa senjata api yang ketinggalan zaman saja. Dan as-Syahid Ir. Yahya Ayyash serta kommander tertinggi Muhammad Dheif mencadangkan saintis dan pakar bina senjata dihantar ke luar negara untuk mempelajari kaedah membuat senjata sendiri. Yahya Ayyash juga adalah seorang pakar bom yang mana kebolehan beliau adalah setanding dengan pakar bom terkenal Malaysia iaitu Nordin Mat Top dan Dr. Azhari. Berkat kesungguhan mereka, lahirlah pakar strategi peperangan dan saintis membuat senjata seperti Ahmed Jaabari, Raed Attar, Muhammed Abu Shameleh (ketiga-tiga kawan baik ini syahid dalam peperangan terbaru ini) dan the 'Gaza Man' Abu Ubaydah (Pakar Strategi Al-Qassam, juga jurucakap rasmi Al-Qassam).


Solat dulu. Solat itu penting.

Syarat untuk menyertai Briged Izzeddin Al-Qassam : 
  1. Mendapat izin dari ibu bapa untuk syahid.
  2. Mendapat izin dari ketua masjid di tempat tinggalnya dengan pengesahan individu itu tidak meninggalkan solat subuh berjemaah selama tiga bulan.
  3. Tidak melakukan maksiat atau menghisap rokok.
  4. Wajib mempelajari tafsir al-Quran.
  5. Wajib membaca al-Quran satu juzuk sehari.
  6. Wajib menghafaz 40 hadis Arba’in (Imam Nawawi).
  7. Wajib melazimi puasa sunat dan pada setiap malam, bersolat tahajjud, taubat dan syukur.
  8. Wajib mempunyai tahap kecerdasan tinggi.
  9. Wajib hadir di majlis pengajian ilmu. Kehadiran dicatat oleh Imam masjid tempatan.
  10. Mengamalkan zikir harian seperti yang di-ijazahkan oleh guru mursyid mereka dari kalangan ahli tariqat.

Sumpah Briged Izzeddin Al-Qassam : 
  • Allah itu tujuan utama (Allahu ghayatuna)
  • Rasul itu contoh tauladan (Ar-Rasul qudwatuna)
  • Quran itu panduan utama (Al-Quran dusturuna)
  • Jihad itu jalan juang pilihan (Al-Jihad sabiluuna)
  • Mati di jalan Allah adalah cita-cita yang tertinggi (al-Mautu fi sabilillah asma amanina)

Ini adalah pengganas? Jangan buat lawak. Kanak-kanak Palestin pun sayang para mujahidin ini.

Jadi, kesimpulannya? Sangat epik. Sangat-sangat epik. Masya-Allah. Oleh itu marilah kita mencontohi Superhero Dunia Islam ini dari segi amalan ibadah mereka, semangat juang mereka serta adab-adab mulia mereka dengan Allah Taala, sesama manusia dan dengan makhluk Allah yang lain.

Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes