Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Saya doakan semoga Allah merahmati anda semua selalu, amiin.
Hari ni post saya agak berat sedikit. Bukan apa, ini bertujuan untuk menyedarkan kita tentang satu titik sejarah yang telah hilang dek kerakusan penjajah untuk menjahanamkan penduduk bumi Malaysia dengan cara yang paling halus, iaitu dengan merosakkan sejarah dan mengadu domba di kalangan penduduk Malaysia itu sendiri. Tapi seeloknya anda baca, fikir dan mohon petunjuk Yang Maha Esa untuk menangani isu-isu kedaulatan negara yang semakin terhakis akibat dikikis oleh para pengkhianat negara.
Jadi, post saya pada hari ini adalah mengenai....
HAKIKAT INSTITUSI KESULTANAN MELAYU.
Saya tidak mahu bicarakan lebih tentang situasi sekarang yang mana ada di kalangan orang Melayu yang sanggup berkhianat dan menderhaka kepada Sultan dek kerana rakus untuk berkuasa, demi politik. Saya bukan ahli politik, tapi saya adalah ahli penyokong Kesultanan Melayu.
Saya terpanggil untuk memberi penerangan seperti yang dikhabarkan oleh orang-orang tua tinggi ilmu tasawwuf dan kesufian berkenaan sikap generasi sekarang yang lantang mempertikaikan segala hak berkenaan institusi Kesultanan Melayu, baik soal gelaran (Zilullahi Fil-Alami, Duli Yang Maha Mulia), tatacara memuliakan umara' (pemerintah) seperti merafak sembah, serta soal-soal hak yang lain. Jadi ini jawapan saya hasil penelitian, pembacaan serta tafakkur, Wallahu'alam.
Sultan berhak dituruti selagi arahan mereka bertepatan dgn hukum Allah. Sultan wajib dihormati selagi mana mereka beriman kepada Allah. Yg wajib disembah adalah Allah.
Bahasa Melayu kita punya nilai estetika sastera yg cukup tinggi. Merafak sembah paduka Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.... kata orang dulukala. Apa yg dimaksudkan dgn sembah dlm konteks meraikan umara' seperti ini? Apa yg dimaksudkan dgn Duli Yang Maha Mulia itu?
Okay. Biar saya merepek sebentar.
Sembah raja? Itu ayat org lama, menghormati dan memuliakan raja sbg Zilullahi Fil-Alami (Bayangan Allah di muka bumi). Kenapa Bayangan Allah? Kerana sultan dahulu adalah juga ahli ibadat, ahli zikir, pencinta ilmu agama, berjalan di atas jalan tariqat. Ada juga Sultan berpangkat wali Allah spt contoh, Sultan Alauddin Riayat Syah Almarhum Pagoh Sultan Melaka. Apa hak kita orang biasa zikir Allahu 1000x pun tak lepas untuk mempersoalkan kedudukan title Sultan Melayu dulu-dulu yg rata-rata meratib Allahu 100,000x setiap malam sebagai mainan mereka?
Saya menangis terharu apabila dikhabarkan yang Sultan Alauddin Riayat Syah Paduka Sultan Empayar Kesultanan Melayu Melaka mungkin juga seorang waliyullah yang terulung di Dunia Melayu pada zamannya, yang mana aktiviti malamnya yang utama adalah duduk berzikir, bersolat tahajjud dan menangis memohon keampunan daripada Allah kerana kekurangannya dalam menjalankan urusan pemerintahan Melaka. Disebabkan Sultan-Sultan Melayu yang berpegang teguh kepada jalan tasawwuf dan jalan syariat, Melaka dahulunya adalah pusat perkumpulan wali-wali Allah dan mereka seringkali berbincang mengenai isu-isu Islam dan juga hukum-hukum agama. Selepas itu Kesultanan Acheh mengambil peranan Melaka yang telah hancur mengikut af'al Ilahi. Tanah Rencong Acheh dan Semenanjung Tanah Melayu telah dikurniakan Allah dengan nikmat ke-Islaman yang haq menerusi pendakwah bernasab Ahlul Bait Nabi Muhammad SAW yang berdakwah di sini, bernikah dengan keturunan Raja Melayu dan menurunkan zuriat pemerintah.
Itu kisah dulu. Jadi tradisi itu dibawa sehingga sekarang ni walaupun ada kalangan Sultan kita yg berperangai tak berapa elok, semoga Allah berikan mereka hidayah untuk pulang ke asal fitrah sebagai Muslim sejati, amiin.
Sembah dlm konteks 'Hablu Minannas' (Hubungan Sesama Manusia) ini bukanlah bermakna sembah sujud cium kaki mereka, tapi lebih kepada memuliakan mereka saja. Sembah yang sebenar-benar sembah itu hanya kepada Allah, terkandung pula dalam konteks yang lain iaitu 'Hablu Minallah' (Hubungan Dengan Allah Taala).
Ini juga berkaitan dgn asal-usul gelaran Duli Yang Maha Mulia yg dipakai Sultan. Makna title tu adalah.... Debu kaki kepada Yang Maha Mulia. Siapakah Yang Maha Mulia? Allah azza wa jalla. Jadi gelaran itu bermaksud, Sultan hanyalah debu-debu hina berbanding Allah yang maha kuasa. Ha, dah faham? Sultan pun pandai merendah diri. Kita rakyat biasa yang tiada nasab se-agung nasab Nabi Muhammad SAW mahu pula berlagak pandai. Bagaimana tu?
Allahumma Salli 'Ala sayyidina Muhammad.
Nabi Muhammad SAW mungkin juga pernah berjumpa pedagang Melayu. Baginda mungkin juga tertarik dengan budi pekerti dan adab mulia orang Melayu. Baginda mungkin juga pernah mendoakan orang Melayu supaya menjadi sebahagian daripada pendiri dan penegak Islam kerana mulianya adab dan cara hidup orang Melayu. Baginda mungkin juga pernah mendoakan Raja-Raja Melayu supaya diberi mandat terus dari Allah untuk mendaulatkan Islam di Timur Jauh. Pernah terfikir tak hal ini?
Saya cadangkan anda membaca Hikayat Kerajaan Samudera Pasai (terletak di Sumatera) sebagai permulaan. Sabda Nabi SAW yang agung mengenai peranan Sultan Melayu ada di situ.
"Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Maka apabila kamu mendengar khabarnya isi Samudera itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Samudera masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi, tetapi ada pula seorang fakir di negeri Mu'tabari namanya, ialah kamu bawa beserta kamu." - Hadith Nabi SAW, Hikayat Kerajaan Samudera Pasai.
Eloklah dari sekarang kita tanamkan azam untuk memuliakan Raja-Raja Melayu serta mempertahankan Institusi Melayu dengan jiwa dan raga kita. Kerana apa? Kerana Sultan itu pendukung Agama Islam. Tanpa Sultan, Islam mungkin susah untuk mahu meneruskan survival di Nusantara.
Daulat Tuanku. Patik mohon izin issue post kali ni, Tuanku. |
Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي
Like the Post? Share with your Friends:-
0 KOMEN:
POST A COMMENT