SERBA ALAH: solat
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Thursday, October 02, 2014

Malam Jumaat

p/s : Sesiapa yang asyik mengadu tiket penerbangan mahal, saya ada solusinya di sini. Jangan malu, jangan segan. Anda boleh gunakan teknik rahsia yang saya berikan ini seumur hidup anda, untuk kesenangan anda. Langganlah newsletter blog ini dengan memasukkan nama dan e-mel anda di ruangan atas, sebelah kanan. Saya gembira membantu anda.

---------------------

Disebabkan tetap mahu teruskan misi 1 hari 1 post, maka ya lah... saya masih di sini. Malam ni adalah malam Jumaat, dan saya agak sibuk sedikit dengan kursus lanjutan ECDIS minggu ni. Adoi, penatnya. Dan malam ini pun saya akan sibuk juga. Bukan sibuk ehem ehem ya, saya masih tidak beristeri dan tiada peluang untuk beristeri dalam masa terdekat ini. Bukan apa, saya masih sedang berusaha untuk memperbaiki hidup saya dari segi kewangan, fizikal, mental dan spiritual. Anggap sajalah yang saya sedang bersiap sedia untuk menjalani hidup berumah tangga.



Malam Jumaat. Memang orang lain akan kata, malam yang cukup berkat untuk ehem ehem. Angkat tolak masuk picit, cretttt. Dapat anak. Hati pun puas, dapat barakah lagi. Janji jangan lupa baca doa berjimak dan mulakan langkah dengan bismillah dan a'uzubillah. Karang nanti syaitan pun ikut crettt sekali, parah tu.

Tapi tiada siapa tahu yang malam Jumaat adalah malam yang teramat baik untuk menjalani ibadah. Baca Yasin, berwirid, berzikir, perhebatkan solat sunat... dan ada di kalangan kita yang gunakan malam Jumaat sepenuhnya untuk bertafakkur dan bertawajjuh. Kira bertapa cara baik yang menjurus kepada Allah lah tu.

Insya-Allah malam Jumaat adalah malam special untuk kita berada paling dekat dengan Allah. Jadi gunakanlah ia sebaiknya. Bukan kerja nak ehem ehem je. Hari lain pun boleh, tak payah la batak sangat. Isteri campak tepi sudah, Allah lagi penting. Kan?

Lu pikir la sendiri. hehe.


Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي

Posted By: Unknown on Thursday, October 02, 2014

Friday, September 19, 2014

Ayuh Gempur Pahala Jumaat!




Hari ini adalah hari Jumaat. Seperti biasa, kita tahu hari ini adalah hari untuk bersolat Jumaat. Tapi adakah ianya sekadar pergi bersolat Jumaat, mendengar khutbah dan balik seperti tiada apa-apa yang berlaku pun?

Oh, tidak sama sekali.

Allah Taala telah menetapkan Hari Jumaat sebagai Penghulu Segala Hari, dikenali juga dengan nama Sayyidul 'Ayyam. Sudah semestinya ada rahsia gempak di sebalik hari Jumaat ini. Saya tidak mahu berbicara soal rahsia Hari Jumaat ini, kerana saya ingin berkongsi amalan-amalan gempur pahal Jumaat bersama anda. Dan ya, amalan-amalan ini sudah semestinya menjadi kelaziman ibadah para wali dan ulama' zaman dahulu.

Posted By: Unknown on Friday, September 19, 2014

Tuesday, September 09, 2014

Senang Ke Nak Tarik Rezeki?

nota atas : (Sudah membaca, apa kata tolong klik-kan link iklan Nuffnang di atas, tepi dan bawah tu. Pilih saja salah satu daripada ketiga-tiga iklan tu. Free saja, sahih tidak membawa kepada virus dan malware. Tolonglah saya ya. Insya-Allah, anda akan diberi pertolongan oleh Allah pula. Terima kasih~)


Kembali kita dalam artikel kali ini. Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca, semoga hidup anda sentiasa di bawah keberkatan Allah SWT. 



Sebagai umat Islam, kita diwajibkan mempercayai bahawa Allah tuhan kita yang Maha Esa, adalah Maha Pemberi Rezeki. Ada antara kita yang dapat banyak, ada yang dapat sikit. Tunggu dulu, jangan terus berputus asa dan menyalahkan Tuhan! Apa kata kita berusaha dari sudut spiritualiti pula? Anda percaya dengan janji Allah iaitu 'Kun Fa Ya Kun' (Jika Dia berkehendakkan sesuatu, maka jadilah ia) bukan? Ini masa untuk anda berusaha sambil menambah pahala dan mengharap redha dan kasih sayang Allah SWT.

Ya Allah, ku mohon izin-Mu untuk membuka rahsia ini. Inilah dianya petua-petua basic untuk mendapat limpah kurnia rezeki dari Allah SWT. Pastikan anda melakukannya secara istiqamah tanpa tertinggal dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT. Atau dalam bahasa lain, buanglah ego anda jauh-jauh dan mula anggap diri anda seperti hamba kepada Allah SWT sebagai Tuan Besar anda.




Posted By: Unknown on Tuesday, September 09, 2014

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes