Hari ini adalah hari Jumaat. Seperti biasa, kita tahu hari ini adalah hari untuk bersolat Jumaat. Tapi adakah ianya sekadar pergi bersolat Jumaat, mendengar khutbah dan balik seperti tiada apa-apa yang berlaku pun?
Oh, tidak sama sekali.
Allah Taala telah menetapkan Hari Jumaat sebagai Penghulu Segala Hari, dikenali juga dengan nama Sayyidul 'Ayyam. Sudah semestinya ada rahsia gempak di sebalik hari Jumaat ini. Saya tidak mahu berbicara soal rahsia Hari Jumaat ini, kerana saya ingin berkongsi amalan-amalan gempur pahal Jumaat bersama anda. Dan ya, amalan-amalan ini sudah semestinya menjadi kelaziman ibadah para wali dan ulama' zaman dahulu.










