Saya baru saja berhempas pulas menggodek kod 'html' untuk blog ini dari sejam yang tadi. Susah juga nak memahami gaya operasi kod-kod 'html' seperti ini, tambah lagi seorang yang asalnya buta IT seperti saya ni. Tapi insya-Allah jika anda sudah memahaminya, tiada masalah lagi untuk anda meng-optimumkan blog anda semaksimum yang mungkin.
Jadi, saya mulakan dengan template blog.
Apa kepentingan template blog?
- Template blog yang ringkas tapi menarik itu akan menarik perhatian pengunjung.
- Template yang berterabur dan sarat dengan widget yang mengarut akan menyakitkan hati pengunjung kerana masa untuk loading blog menjadi lambat.
- Apabila pengunjung datang, maka peluang itulah yang kita wajib guna untuk menjana pendapatan melalui blog kita dengan kehadiran Google Adsense, Nuffnang dan sebagainya.
- Trafik blog kita akan bertambah jika template blog kita menarik perhatian pengunjung. First impression is always the final verdict (Pandangan pertama selalunya mencerminkan persepsi akhir kita), orang Inggeris selalu kata. Jadi bolehlah tolak ke tepi ayat "Don't judge the book by its cover" itu.
---------------------
Pada yang mahu belajar cari menjana pendapatan dengan Google Adsense, bolehlah klik di link ini - PanduanJanaDuitAdsense.com
--------------------
Tips template blog yang akan saya berikan kali ini adalah :
- Pastikan template blog anda ringkas tetapi catchy.
- Kalau mahu, boleh saja download template versi responsive dan mesra SEO. Itu akan menambahkan peluang blog anda untuk menjejak masuk ke dalam enjin carian web (Google, Bing, Yahoo dan sebagainya)
- Jangan beratkan blog anda dengan widget yang mengarut dan tidak penting.
- Pastikan blog anda boleh dibuka dengan masa loading yang singkat. Terlalu banyak widget dan segala iklan-iklan yang menyemak mata akan mengakibatkan orang naik geram dan tak akan kembali ke blog anda.
- Template blog anda haruslah mempunya warna dan tidak hanya black-and-white saja. Janganlah terlalu ringkas sangat. Tak menarik pula.
- Iklan produk affiliate anda beserta iklan Nuffnang, Google Adsense dan sebagainya haruslah diletakkan pada tempat yang sesuai dan tidak terlampau messy. Ini bertujuan untuk menarik perhatian pengunjung untuk klik iklan tersebut dan pada masa yang sama, tidak memberikan mereka sebarang sebab untuk merasa geram dengan blog anda.
Simple dan boleh dicuba pada bila-bila masa, bukan?
Like the Post? Share with your Friends:-
yup betul tu. ana setuju..
ReplyDeleteHmm hmm, benar tuan. Ramai org yg masih tak tahu kelebihan SEO. Benda yg basic pun boleh melonjakkan trafik blog kaw-kaw kalau pandai pakai.
Delete