Diskusi Terhebat Malam Ini | SERBA ALAH SERBA ALAH: Diskusi Terhebat Malam Ini
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Tuesday, October 14, 2014

Diskusi Terhebat Malam Ini



Kegemparan dalam lapangan bisnes emas berikutan fatwa mengelirukan Majlis Agama (saya suspek mereka juga dibelenggu tangan-tangan ghaib) dan pernyataan amaran Bank Negara Malaysia (BNM) yang dinampak sebagai mengikut telunjuk 'The Rothschilds Banking System' dan disokong oleh taikun-taikun emas yang tercabar oleh kebangkitan penguasaan peniaga dan pengusaha emas Melayu Islam di Malaysia sangat-sangat membimbangkan.

Sudah semestinya usahawan-usahawan emas terkenal yang sanggup turun membantu Ummah dengan ikhlas seperti Tok Belagak dan lain-lain sangat terkesan dengan segala taktik kotor yang mahukan umat Islam Malaysia bergantung harap kepada insitusi-institusi bank yang sudah pun tenat dengan kebangkitan usahawan emas di akhir zaman ini. Ditambah pula dengan Ar-Rahnu pos serta institusi lain yang telah mengeluarkan surat pekeliling untuk tidak menerima segala jenis emas (barang kemas, Gold Bar) daripada syarikat Darul Emas Dan Perak Berhad (DEPB) serta syarikat-syarikat tempatan yang lain telah pun menimbulkan suasana yang sangat menyakitkan hati. Ianya sudah sampai ke tahap di mana saya terbaca komen marah di Facebook yang berkata, "bagilah geng-geng Rothschilds ni makan duit haram sampai mereka mampus!". Ada pula yang menyatakan protes terhadap dasar-dasar menindas milik institusi bank ini dengan cara dapat saja duit di akhir bulan, terus keluarkan (cash out) sampai tinggal RM1 atau RM10 saja. Kata mereka, simpan dalam peti besi solid lebih baik an afdhal dari simpan di bank yang menindas rakyat.

Apakah Malaysia sudah pun dikuasai sepenuhnya oleh Tangan-Tangan Ghaib (Illuminati dan sewaktu dengannya)? Adakah sasaran mereka orang-orang Melayu yang mahu bebas dari kawalan matawang dan institusi bank yang maha menindas, supaya orang-orang Melayu dapat dilumpuhkan akidah dan pegangan agama mereka dengan memaksa mereka bertuhankan duit dan institusi bank konvensional dan Isle (nama bajet Islamik tapi serupa Yahudi Rothschilds)?

Itu antara persoalan yang bermain dalam fikiran saya sekarang setelah melihat adanya usaha-usaha songsang dan maha jahat untuk mencantas kebangkitan ekonomi orang Islam di Malaysia sekarang ini.

Saya sempat bersembang dengan salah seorang usahawan perniagaan internet yang terkenal iaitu RK (Raja Kamil), yang merasa agak sedih dengan apa yang berlaku sekarang. Beliau adalah antara usahawan-usahawan perniagaan internet yang banyak membantu perkembangan ekonomi Ummmah dengan menyediakan program-program bisnes internet dan juga panduan-panduan hebat untuk membantu orang Melayu memulakan tapak perniagaan internet sama ada dengan cara perniagaan e-book, program affiliate dan lain-lain. Antara produknya yang terkenal adalah Panduan RM50,000K Dengan Menjual E-Book yang terbukti telah mengispirasikan satu kebangkitan peniaga e-book di kalangan orang Melayu Islam di internet.

Dan Alhamdulillah, kami punya aspirasi yang sama iaitu Alif (Agama), Ba (Bangsa) dan Ta (Tanahair). Misi kami; membantu kebangkitan kekuatan Ummah dari segi ekonomi.

Musyawarah genting.

Saya ambil sedikit daripada diskusi kami di Facebook (mohon izin ya tuan RK). 

-------------------------

Saya : ...saya kasihan dengan peniaga dan usahawan emas seperti Tok Belagak dan lain-lain tu. Mereka peniaga yang jujur.

RK : Kita tak boleh berbuat apa-apa. Yang bising-bising marah-marah Tok Belagak and the gang di luar sana pun tak guna juga. Biarlah mereka uruskan. Kita kenalah support mereka. Saya beli emas untuk simpanan masa Dajjal keluar nanti. Tapi setakat simpan saja, mana pulangannya? Hehehe.

Saya : Haha, hebat ilmu tuan. Orang ramai masih enak dibuai mimpi indah tapi mereka tak tau yang fitnah Dajjal sudah berleluasa. Tunggu masa nak ngap kita habis-habisan saja. Tuan memang ada mata yang tajam. Dan... ya, betul tuan. Lagipun kita wajib tolong support mereka, itu perniagaan Ummah. Kalau mereka jatuh, tiada siapa lagi yang mampu bangkit.

RK : Sudah Sunnatullah. Tiada yang senang dalam perjuangan. Sebab itu dalam mana juga lapangan kita, kita wajib buat yang terbaik. Ini Jihad kita. Orang tak pandang segaknya pakaian kita, orang pandang gerak kerja kita. Bagus kerja kita, baguslah pandangan orang terhadap kita.

Saya : Benar tuan. Saya sudah pun melihat adanya usaha-usaha jahat untuk menjadikan orang Melayu sebagai pelarian dan pengemis yang merempat di tanah air sendiri. Tengok saja berapa ramai orang yang sanggup menyelewengkan fakta sejarah Melayu untuk menyerang orang Melayu dan menidakkan hak mereka. Ada pula yang memperkatakan sebagai contoh, adat persandingan orang Melayu itu adalah amalan haram dan sebagainya. Kita sudah diserang dari pelbagai sudut, tapi orang kita masih tak sedar lagi. Itu yang Srikandi, Al-Semantani Jones dan Ibnu Rusyd keluarkan buku Sejarah Melayu untuk menangkis fakta songsang puak-puak busuk hati ini.

RK : "Sejarah ditulis orang yang menang". Kita nak kalah apa nye, berlawan pun tak lagi. hehe. Sebab dia satu je. Budaya kita sekarang ni, bukan budaya ilmu. Penyampaian ilmu hanya dalam bentuk yang boleh disangkal, langsung takda basis. Tapi, bila saya baca The Patriot, Srikandi, saya suka. Inilah Melayu sebenar. Buat kerja bersungguh-sungguh.

Saya : Hmmm, ilmu diajar cukup sekadar untuk dapat straight 'A' dalam PT-3, SPM bagai. Mana pergi barakah dan keberkatan ilmunya saya pun tak tau.

RK : Bangsa yang agung adalah bangsa yang tidak pernah lupakan asal-usulnya.

Saya : Masya-Allah benar tuan. Lupa sejarah, mati budaya, mati anak bangsa. Tuan, kiranya... ada harapan tak kalau saya tulis e-book dengan niche 'Konspirasi' seperti yang sedang meletup di Amerika sekarang ini? Lagipun banyak sudah tanda-tanda permainan Tangan Ghaib (The Hidden Hands) yang kita sudah nampak akhir-akhir ini. Sepertinya ada usaha untuk jadikan Malaysia satu negara taghut yang menentang hukum Allah.

RK : Haha, ada masa datanglah ke rumah saya. Kita boleh diskus sambil minum Reevoo.

Saya : Hehehehe, boleh saja boss~

-------------------------

Nasihat saya, keluarlah dari kepompong bidak catur yang telah mengatur hidup anda untuk mengabdikan diri kepada duit selama ini. Keluarlah berniaga, lakukanlah apa-apa yang jujur lagi berkat untuk mengeluarkan diri anda dari belenggu hutang. Belajarlah ilmu berniaga, offline ataupun online di internet, dan janalah sebanyak mana wang yang anda mahu. Berikanlah zakat, hulurkanlah panduan kepada yang tidak mampu, bersedekahlah sebanyak mungkin dan bantulah Ummah sedaya yang anda mampu.

Malaysia adalah pentas jihad kita dari segi ekonomi. Orang Melayu dulu mampu jatuhkan Malayan Union dengan jihad politik. Sekarang tiba masa kita untuk beraksi dalam lapangan ekonomi pula.

INI JIHAD KITA.

Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes