SERBA ALAH: blog popular
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Showing posts with label blog popular. Show all posts
Showing posts with label blog popular. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Optimumkan Blog Anda



Saya baru saja berhempas pulas menggodek kod 'html' untuk blog ini dari sejam yang tadi. Susah juga nak memahami gaya operasi kod-kod 'html' seperti ini, tambah lagi seorang yang asalnya buta IT seperti saya ni. Tapi insya-Allah jika anda sudah memahaminya, tiada masalah lagi untuk anda meng-optimumkan blog anda semaksimum yang mungkin.

Jadi, saya mulakan dengan template blog.

Apa kepentingan template blog?

  1. Template blog yang ringkas tapi menarik itu akan menarik perhatian pengunjung.
  2. Template yang berterabur dan sarat dengan widget yang mengarut akan menyakitkan hati pengunjung kerana masa untuk loading blog menjadi lambat.
  3. Apabila pengunjung datang, maka peluang itulah yang kita wajib guna untuk menjana pendapatan melalui blog kita dengan kehadiran Google Adsense, Nuffnang dan sebagainya. 
  4. Trafik blog kita akan bertambah jika template blog kita menarik perhatian pengunjung. First impression is always the final verdict (Pandangan pertama selalunya mencerminkan persepsi akhir kita), orang Inggeris selalu kata. Jadi bolehlah tolak ke tepi ayat "Don't judge the book by its cover" itu.

---------------------

Pada yang mahu belajar cari menjana pendapatan dengan Google Adsense, bolehlah klik di link ini - PanduanJanaDuitAdsense.com
--------------------



Tips template blog yang akan saya berikan kali ini adalah : 
  1. Pastikan template blog anda ringkas tetapi catchy. 
  2. Kalau mahu, boleh saja download template versi responsive dan mesra SEO. Itu akan menambahkan peluang blog anda untuk menjejak masuk ke dalam enjin carian web (Google, Bing, Yahoo dan sebagainya)
  3. Jangan beratkan blog anda dengan widget yang mengarut dan tidak penting. 
  4. Pastikan blog anda boleh dibuka dengan masa loading yang singkat. Terlalu banyak widget dan segala iklan-iklan yang menyemak mata akan mengakibatkan orang naik geram dan tak akan kembali ke blog anda. 
  5. Template blog anda haruslah mempunya warna dan tidak hanya black-and-white saja. Janganlah terlalu ringkas sangat. Tak menarik pula. 
  6. Iklan produk affiliate anda beserta iklan Nuffnang, Google Adsense dan sebagainya haruslah diletakkan pada tempat yang sesuai dan tidak terlampau messy. Ini bertujuan untuk menarik perhatian pengunjung untuk klik iklan tersebut dan pada masa yang sama, tidak memberikan mereka sebarang sebab untuk merasa geram dengan blog anda. 
Simple dan boleh dicuba pada bila-bila masa, bukan?

Posted By: Unknown on Monday, October 13, 2014

Tuesday, October 07, 2014

Tips Berblogging

Tak sampai sebulan pun blog Serba Alah ni dihasilkan. Alhamdulillah.


Hari ini saya terbangun awal. Entah kenapa hati rasa seronok saja. Wallahu'alam, syukur kepada Allah Taala kerana telah mengurniakan kegembiraan kepada saya di pagi hari, entah kenapa saya pun tak tahu. Ada rahsia di sebaliknya yang mungkin Dia tidak mahu saya tahu.

Okay, siapa yang ada blog sendiri, angkat tangan. Dan siapa yang ada masalah blog tidak popular, angkat tangan. Alhamdulillah berkat ajaran pakar-pakar blogging seperti brader Brado Kapak, brader Ben Ashaari, brader Hasrul Hassan dan lain-lain.

Brado Kapak lah yang paling galak sekali tengok saya buat blog dulu, mungkin sebab kami adalah ahli pengkaji teori konspirasi. Dia selalu saja suruh saya post-kan teori-teori konspirasi, tapi saya menolak dengan rasa rendah diri kerana saya masih punya limited access ke teori-teori konspirasi yang gempak lagi mengejutkan berbanding beliau. Saya hanyalah lalat yang berlegar di sekeliling ilmu-ilmu alam dan ilmu-ilmu tarikat serta makrifatullah saja. Okay, jangan beri peluang untuk saya mengarut... tolonglah.

Jadi, tips untuk mendatangkan pengunjung yang ramai ke dalam blog anda adalah :
  1. Tulislah artikel yang bermanfaat dan berkualiti tinggi untuk semua. Kalau anda asyik tulis kisah hidup anda, siapa yang mahu baca? Anda bukannya selebriti pun, jauh sekali ahli agama. Jadi tak perlulah terlampau pentingkan diri. Gunakanlah blog anda untuk berbakti walaupun sedikit.
  2. Jagalah adab anda walaupun dalam setiap nukilan post anda. Janganlah memaki orang, bercakap benda bukan-bukan, mengadu domba dan sebagainya. Jatuh pula dosa ke atas anda, sempit rezeki anda nanti.
  3. Banyakkan berjalan ke blog orang lain dan tinggalkan tanda anda di sana, walaupun sekadar komen ringkas. Ini tips 'Blogwalking' namanya. 
  4. Rajin-rajinkanlah diri untuk ping-kan blog anda di setiap laman ping dan laman untuk bloggers. 
  5. Promosikanlah setiap post anda di laman sosial seperti Youtube, MySpace, Friendster, Facebook, Umma-land, dan sebagainya. Janganlah malas sangat.
  6. Sertailah mana-mana forum dan promosikanlah blog anda dengan lebih beretika. Janganlah main spam saja. Itu tabiat buruk namanya.
  7. Belajarlah cara SEO (Search Engine Optimization) dari bloggers handalan seperti nama-nama yang sebutkan di atas. Anda takkan berasa rugi. 
  8. Selang-selikanlah artikel blog anda dengan informasi produk terbaru, lawak, agama, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Ramai yang akan meminati blog anda nanti. 
  9. Janganlah anda semakkan blog anda dengan advertisement, video dan sebagainya. Jadikan templae blog anda se-ringkas tapi se-cantik yang mungkin. 
  10. Jauhilah bahasa pasar yang cukup gedik sehinggakan saya sendiri mahu tampar anda. Rileks saja, gunakan bahasa yang ringkas tapi formal. Janganlah sampai anda tergolong dalam golongan yang mencemarkan bahasa Melayu sendiri, haha. 
Itu saja tips asas untuk ber-blogging. Kalau anda sudah pun ikut kesemua tips asas ini, insya-Allah saya rasa anda tiada masalah untuk bergerak maju lebih jauh lagi dan saya doakan anda semua maju ke hadapan dengan izin Allah, amiin.


---------------------------------

p/s : Okay, para lelaki sekalian. Ada masalah crettt awal? Nak tahan lama? 2 jam pun boleh. Klik di SINI.

p/ss : Nak pergi honeymoon di Paris, Seoul, London? Tapi tiket mahal pula? Saya ada cara untuk dapatkan tiket penerbangan yang murah. Pakailah MAS, AirAsia, CathayAir, GarudaAir, Qatar Airways, Etihad dan sebagainya, tapi saya jamin anda akan dapat tiket murah pergi - balik. Nak tau? Klik di SINI.

--------------------------------

Posted By: Unknown on Tuesday, October 07, 2014

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes