Tips Berblogging | SERBA ALAH SERBA ALAH: Tips Berblogging
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Tuesday, October 07, 2014

Tips Berblogging

Tak sampai sebulan pun blog Serba Alah ni dihasilkan. Alhamdulillah.


Hari ini saya terbangun awal. Entah kenapa hati rasa seronok saja. Wallahu'alam, syukur kepada Allah Taala kerana telah mengurniakan kegembiraan kepada saya di pagi hari, entah kenapa saya pun tak tahu. Ada rahsia di sebaliknya yang mungkin Dia tidak mahu saya tahu.

Okay, siapa yang ada blog sendiri, angkat tangan. Dan siapa yang ada masalah blog tidak popular, angkat tangan. Alhamdulillah berkat ajaran pakar-pakar blogging seperti brader Brado Kapak, brader Ben Ashaari, brader Hasrul Hassan dan lain-lain.

Brado Kapak lah yang paling galak sekali tengok saya buat blog dulu, mungkin sebab kami adalah ahli pengkaji teori konspirasi. Dia selalu saja suruh saya post-kan teori-teori konspirasi, tapi saya menolak dengan rasa rendah diri kerana saya masih punya limited access ke teori-teori konspirasi yang gempak lagi mengejutkan berbanding beliau. Saya hanyalah lalat yang berlegar di sekeliling ilmu-ilmu alam dan ilmu-ilmu tarikat serta makrifatullah saja. Okay, jangan beri peluang untuk saya mengarut... tolonglah.

Jadi, tips untuk mendatangkan pengunjung yang ramai ke dalam blog anda adalah :
  1. Tulislah artikel yang bermanfaat dan berkualiti tinggi untuk semua. Kalau anda asyik tulis kisah hidup anda, siapa yang mahu baca? Anda bukannya selebriti pun, jauh sekali ahli agama. Jadi tak perlulah terlampau pentingkan diri. Gunakanlah blog anda untuk berbakti walaupun sedikit.
  2. Jagalah adab anda walaupun dalam setiap nukilan post anda. Janganlah memaki orang, bercakap benda bukan-bukan, mengadu domba dan sebagainya. Jatuh pula dosa ke atas anda, sempit rezeki anda nanti.
  3. Banyakkan berjalan ke blog orang lain dan tinggalkan tanda anda di sana, walaupun sekadar komen ringkas. Ini tips 'Blogwalking' namanya. 
  4. Rajin-rajinkanlah diri untuk ping-kan blog anda di setiap laman ping dan laman untuk bloggers. 
  5. Promosikanlah setiap post anda di laman sosial seperti Youtube, MySpace, Friendster, Facebook, Umma-land, dan sebagainya. Janganlah malas sangat.
  6. Sertailah mana-mana forum dan promosikanlah blog anda dengan lebih beretika. Janganlah main spam saja. Itu tabiat buruk namanya.
  7. Belajarlah cara SEO (Search Engine Optimization) dari bloggers handalan seperti nama-nama yang sebutkan di atas. Anda takkan berasa rugi. 
  8. Selang-selikanlah artikel blog anda dengan informasi produk terbaru, lawak, agama, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Ramai yang akan meminati blog anda nanti. 
  9. Janganlah anda semakkan blog anda dengan advertisement, video dan sebagainya. Jadikan templae blog anda se-ringkas tapi se-cantik yang mungkin. 
  10. Jauhilah bahasa pasar yang cukup gedik sehinggakan saya sendiri mahu tampar anda. Rileks saja, gunakan bahasa yang ringkas tapi formal. Janganlah sampai anda tergolong dalam golongan yang mencemarkan bahasa Melayu sendiri, haha. 
Itu saja tips asas untuk ber-blogging. Kalau anda sudah pun ikut kesemua tips asas ini, insya-Allah saya rasa anda tiada masalah untuk bergerak maju lebih jauh lagi dan saya doakan anda semua maju ke hadapan dengan izin Allah, amiin.


---------------------------------

p/s : Okay, para lelaki sekalian. Ada masalah crettt awal? Nak tahan lama? 2 jam pun boleh. Klik di SINI.

p/ss : Nak pergi honeymoon di Paris, Seoul, London? Tapi tiket mahal pula? Saya ada cara untuk dapatkan tiket penerbangan yang murah. Pakailah MAS, AirAsia, CathayAir, GarudaAir, Qatar Airways, Etihad dan sebagainya, tapi saya jamin anda akan dapat tiket murah pergi - balik. Nak tau? Klik di SINI.

--------------------------------

Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes