Susahnya Temuduga | SERBA ALAH SERBA ALAH: Susahnya Temuduga
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Sunday, October 12, 2014

Susahnya Temuduga



Secara jujurnya, sudah berbagai-bagai jenis temuduga yang saya telah lalui seumur hidup saya. Alhamdulillah, saya berjaya melepasi semua tanpa banyak masalah. Dan kalau dari segi temuduga bekerja separuh masa, saya seringkali menunjukkan prestasi tinggi untuk meyakinkan boss yang saya memang betul-betul mahu bekerja dan bukan sekadar bercakap kosong semasa temuduga.

Itu mungkin rezeki yang Allah telah berikan kepada saya, dan saya bersyukur di atas nikmat yang diberikan-Nya. Bagaimana pula dengan anda? Pernah tak anda berasa sangat gugup, jantung mahu pecah, naik blur dan lupa segala benda yang wajib anda ingati, bercakap tersekat-sekat dan sebagainya?

Sebenarnya proses temuduga adalah untuk para penyoal memerhatikan reaksi calon yang datang untuk sesi temuduga. Dari adab dan sikap calon, kod etika pakaian calon, sehinggalah apabila calon buka mulut dan bercakap sama ada dalam keadaan gugup ataupun keadaan cukup yakin dengan apa yang diucapkannya, semuanya diambil kira.

Jadi, bagaimana untuk melengkapkan diri anda untuk sesi temuduga?

  1. Tentukan hala tuju anda dalam kerjaya yang anda inginkan itu.
  2. Buat sebanyak mana kajian tentangnya. 
  3. Lengkapkan diri anda dengan kajian dan ilmu berkenaan kerjaya yang anda mahu itu.
  4. Bina soalan-soalan yang anda fikir akan ditanya dalam proses temuduga nanti (kaedah brainstorm).
  5. Tanya kepada calon yang sudah lepas sesi temuduga itu dengan jayanya.
  6. Mula bina keyakinan diri untuk bercakap dengan suara yang lantang dan jelas (bercakap di cermin).
  7. Tampilkan gaya diri yang lebih meyakinkan dan bertenaga (postur berdiri dan berjalan).
  8. Mula rapikan penampilan diri anda (potong rambut, cukur misai janggut, pakai pakaian formal).
  9. Banyakkan berdoa dan bertawakkal selepas anda berusaha dengan penat lelah. 
  10. Banyakkan senyuman dengan gaya yang meyakinkan. Bercakap biar pandang tepat ke mata orang.
  11. Belajar adab memasuki ruang temuduga, bersalaman dengan penyoal, duduk dengan sopan.
  12. Bercakaplah tentang apa saja yang anda tahu tentang kerjaya anda. Jangan malu untuk luahkan segala-galanya.

Ini adalah antara serba-serbi sedikit tentang tips yang saya mampu kongsikan bersama anda. Sebenarnya banyak lagi tips-tips yang anda boleh cari. Saya cadangkan satu e-book tentang Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan untuk anda yang meminati kerja kerajaan tetapi seringkali gagal ataupun sangat takut untuk pergi ke proses temuduga. E-Book ini sangat-sangat membantu saya ketika menghadapi proses temuduga tidak kira apa jenis temuduga sekalipun, dan saya pasti ia akan membantu anda dengan sangat efektif. 

Selamat Berjaya!


p/s : E-book Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan adalah kunci rahsia saya untuk melepasi temuduga sijil lesen perkapalan Oral Exam For Merchant Ship COC (Certificate of Competency) Class III Unlimited Foreign-Going, yang dikatakan oleh para pelaut adalah antara proses temuduga yang paling susah di dunia. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

------------------
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes