Cuti, Dilema Tiket Flight Murah | SERBA ALAH SERBA ALAH: Cuti, Dilema Tiket Flight Murah
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Thursday, October 09, 2014

Cuti, Dilema Tiket Flight Murah

Demmm murah giler!

Cuti akhir tahun sudah menjelma. Apa pelan percutian anda? Secara jujurnya saya pun masih tak dapat rangka pelan percutian saya sendiri. Mungkin saja percutian saya kali ini adalah berbentuk duduk rumah layan kucing. Entahlah.

Ada sesiapa yang mahu menggunakan khidmat penerbangan komersial? Takut tiket mahal? Saya bagi tips dapatkan tiket penerbangan murah di sini.


1. Fleksibelkan Tarikh Percutian

Harga tiket penerbangan sering berubah setiap hari kerana ia bergantung kepada permintaan pelanggan. Maka cara terbaik untuk mendapatkan tawaran harga rendah adalah dengan fleksibelkan tarikh percutian anda.

2. Pilih Destinasi Popular

Secara umumnya, destinasi yang popular akan mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Ini akan menyebabkan lebih kerap trip dan lebih banyak syarikat penerbangan beroperasi ke destinasi tersebut lantas perang harga murah akan berlaku.

3. Tebus Ganjaran Kad Keahlian

Airasia memperkenalkan keahlian Big yang menawarkan nilai mata untuk dikumpul setiap kali anda menggunakan penerbangan mereka. MAS pula dengan keahlian Enrich. Nilai mata yang terkumpul ini boleh ditebus dengan tiket PERCUMA!

4.     Perhatikan Pola Keadaan Semasa

Keadaan semasa syarikat penerbangan juga mempengaruhi kadar harga tiket. Sebagai contoh, syarikat MAS sedang berhempas pulas berusaha untuk dapatkan pelanggan akibat insiden MH370 dan MH17 yang telah menggugat reputasi MAS secara total. Tidak hairanlah kalau ada promosi harga tiket rendah ditawarkan oleh MAS dalam masa-masa begini.


Nak tips lagi? Anda boleh download e-book percuma Tips dan Teknik Dapatkan Tiket Penerbangan Murah dengan klik di SINI.
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes