Selamat Hari Raya Aidiladha! | SERBA ALAH SERBA ALAH: Selamat Hari Raya Aidiladha!
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Sunday, October 05, 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha!

p/s : Sesiapa yang asyik mengadu tiket penerbangan mahal, saya ada solusinya di sini. Jangan malu, jangan segan. Anda boleh gunakan teknik rahsia yang saya berikan ini seumur hidup anda, untuk kesenangan anda. Langganlah newsletter blog ini dengan memasukkan nama dan e-mel anda di ruangan atas, sebelah kanan. Anda untung seumur hidup, saya happy.

---------------------


Kalau diteliti sejarah Islam, banyak kisah pengorbanan agung yang boleh kita ambil pengajarannya buat pedoman hidup. Berkisar daripada kesanggupan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail (akhirnya Allah gantikan Nabi Ismail dengan seekor kibasy), sehinggalah kisah pengorbanan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat untuk meninggalkan harta mereka demi satu penghijrahan ke Madinah, adalah tidak salah untuk saya katakan bahawa pengorbanan adalah sangat dituntut sebagai galang ganti untuk mendapat redha Ilahi. Jadi tidak hairanlah pejuang Palestin sanggup korbankan diri sebagai syuhada' demi secebis redha Ilahi, semoga Allah merahmati mereka.

Apa pentingnya pengorbanan sehinggakan ianya adalah antara satu bentuk ibadah yang agung dalam Islam? Ini adalah satu antara rahsia Allah yang mana anak Nabi Adam iaitu Qabil pun tidak tahu tentangnya. Lalu diberikanlah korban yang haram tak semenggah... dan Allah Taala tolak. Lalu disebabkan Qabil tidak faham erti korban sebenar-benar korban dan ditambah pula dengan hasutan Iblis, maka terjadilah 'The World's First Blood'. Pembunuhan pertama di dunia, Qabil bunuh Habil.

Di sebalik peredaran zaman yang cukup pantas, Allah telah memperlihatkan rahsia-Nya sesikit demi sedikit. Rahsia pengorbanan yang diterima Allah terletak pada perkataan Ikhlas. Niat yang ikhlas dan tidak bersombong diri adalah kunci kepada pengorbanan yang diredhai. Ikhlas juga menjadi kunci kepada penyerahan diri yang total kepada Ilahi.

Itu juga adalah kunci kejayaan peniaga Islam dahulukala. Ikhlas dan sanggup berkorban serta mengharapkan keberkatan dan kasih sayang dari Allah semata-mata.

Adakah anda sudah bersedia?

Selamat Hari Raya Aidiladha, semoga Allah merahmati kita semua.
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes