WiFi Atas Pesawat Penumpang. Fakta atau Auta? | SERBA ALAH SERBA ALAH: WiFi Atas Pesawat Penumpang. Fakta atau Auta?
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Tuesday, September 23, 2014

WiFi Atas Pesawat Penumpang. Fakta atau Auta?

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca setia blog ini. Semoga anda dirahmati Ilahi selalu.

AirAsia-WIFI-Connectivity-Portal
WiFi atas pesawat. Kemungkinan atau tak mungkin?

Kalau anda perasan beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa syarikat penerbangan sedang telah memberikan ‘hint’ bahawa mereka akan memberikan perkhidmatan WIFI Onboard atau dalam Bahasa Malaysia nya bermaksud kemudahan internet di atas kapal terbang.

Sekiranya ianya benar-benar berlaku, ini merupakan satu berita menarik dan menggembirakan ramai orang.

140813-malindo-air-wifi-in-flight

Namun persoalannya, adakah benar ianya boleh dijadikan realiti? Jika sesiapa pernah menaiki kapal terbang, kapten kapal terbang dan juga pramugari/pramuragara sering meminta kita mematikan telefon bimbit dan peranti elektronik yang lain atas alasan gangguan signal ketika berada di atas kapal terbang. Mungkin selepas ini, alasan tersebut tidak lagi boleh digunakan.

Untuk pengetahuan semua, perkhidmatan internet di atas kapal terbang bakal disediakan oleh syarikat telekomunikasi OnAir dan mereka adalah anak syarikat di bawah SITA (Société Internationale de Télécommunications Aéronautiques) iaitu satu syarikat teknologi maklumat yang menumpukan kepada industri pengangkutan. OnAir mempunyai ibu pejabat di Geneva, Switzerland dan juga mempunyai sales office di London, Kuala Lumpur serta Dubai. Mereka beroperasi di Seattle, Amerika Syarikat (sumber: wikipedia)

OnAir


Setakat ini terdapat lebih dari 21 syarikat penerbangan yang telah menggunakan perkhidmatan mereka, dan mendapat maklum balas yang amat baik. Antara syarikat penerbangan tersebut adalah Qatar Airways, Etihad Airways, Singapore Airline, British Airways dan banyak lagi. Anda boleh lihat senarai tersebut di sini.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah termasuk internet services serta GSM atau call beserta SMS dari atas udara ke ground receiver menggunakan signal dari satelit. Ini memudahkan anda untuk berkomunikasi secara terus dengan sesiapa sahaja di bawah semasa dalam penerbangan.

Jadi, mungkin sedikit masa lagi, kita boleh bukan setakat peperangan harga antara syarikat penerbangan, malah mungkin berlaku peperangan perkhidmatan atau add on value yang bakal di tawarkan oleh mereka. Akhirnya memberikan manfaat kembali kepada kita semua.

Sama-samalah kita tunggu berita baik dari pihak syarikat penerbangan ye. Mungkin lepas ni, anda juga boleh membeli belah secara online di udara.


p/s : Siapa kaki melancong di sini? Siapa antara anda yang kerap gunakan penerbangan komersial? Susah nak cari tiket murah? Klik di SINI.


Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي

Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes