Sistem Pertahanan Udara Pesawat Komersial, Satu Kenyataan? | SERBA ALAH SERBA ALAH: Sistem Pertahanan Udara Pesawat Komersial, Satu Kenyataan?
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Tuesday, September 23, 2014

Sistem Pertahanan Udara Pesawat Komersial, Satu Kenyataan?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog Serba Alah sekalian. Semoga anda semua dikurniakan rahmat oleh Ilahi.

Sebelum saya kupas isu ini, marilah kita sama-sama bertafakur sebentar (baca Al-Fatihah bagi yang beragama Islam) dan doakan supaya roh mangsa MH17 dicucuri rahmat. Begitu juga dengan mangsa MH370 yang masih hilang sehingga kini. Secara jujurnya saya turut terkesan dari kejadian yang menyayat hati ini kerana co-pilot MH17, allahyarham Mohd Firdaus Abdul Rahim adalah rakan sekolah saya. Kami bersekolah bersama-sama dan kami berkawan baik sehingga ke akhir hayat beliau. Saya doakan rohnya dicucuri rahmat dan keluarganya tabah menanggung dugaan ini.

Sistem pertahanan anti peluru berpandu Counter-Measure.

Sejurus selepas insiden ini, desakan dari ahli politik Amerika dan Israel untuk memasang sistem anti-peluru berpandu bagi pesawat komersial berjalan dengan giatnya. Malah pada masa saya menulis post ini, mereka masih membincangkan keperluan untuk memasang sistem tersebut. Pesawat komersial Israel juga sudah mulai menjalani operasi memasang sistem anti-peluru berpandu tersebut.



Di Amerika, Sen. Chuck Schumer dan Sen. Steve Israel telah mendesak The American Department of Homeland Security (DHS), Department of Defense (DOD) dan Federal Aviation Department (FAD) untuk menyokong kelulusan rang undang-undang untuk memasang sistem anti-peluru berpandu di pesawat komersial bagi mengelakkan insiden ini berulang.

Memandangkan sistem yang digunakan oleh Amerika dan Israel dalam strategi dan kelengkapan ketenteraan mereka adalah sama, jadi sistem Sky Shield dipilih untuk dibuat ujikaji bagi menyesuaikan penggunaan maksima sistem tersebut dengan sistem pesawat komersial.

Sistem Sky Shield adalah berasaskan teknologi laser di mana laser ini berfungsi untuk mengelirukan pengiraan perjalanan peluru berpandu, seterusnya memesongkan arah perjalanan peluru berpandu itu ke tempat yang lain di luar lingkungan selamat pesawat. Ini berbeza dengan teknologi Counter-Measure pesawat pejuang yang biasa di mana kapsul haba akan dikeluarkan dan haba yang dihasilkan akan menarik perhatian peluru berpandu dari mengenai pesawat pejuang.

Selain itu, sistem yang hampir serupa seperti sistem US Large-Aircraft Infrared Counter-Measure (LAICM) juga dicadangkan untuk dipasang pada pesawat komersial bagi tujuan perlindungan. Sistem ini terbukti berkesan apabila pesawat rasmi presiden Amerika, the US Airforce One, dipasang dengan sistem ini.


sistem Counter-Measure untuk pesawat pejuang.

Sistem The Guardian, dibangunkan oleh syarikat Northrop Grumma, yang menggunakan teknologi yang sama juga dipasang pada pesawat Boeing MD-11.

Ketiga-tiga sistem ini telah dicadangkan oleh para senat Amerika kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel, untuk diusulkan kepada Kongres Amerika. Jadi apa kata kerajaan Malaysia yang sudah kehilangan MH17 akibat ditembak oleh peluru berpandu BUK-30?


p/s : Siapa kaki melancong di sini? Siapa antara anda yang kerap gunakan penerbangan komersial? Susah nak cari tiket murah? Klik di SINI.


Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Akaun Facebook : محمد شفريزل عزمي

Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes