Mari Bercuti! | SERBA ALAH SERBA ALAH: Mari Bercuti!
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Wednesday, September 24, 2014

Mari Bercuti!

Assalamu'alaikum warahmatullah dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana terus setia bersama saya, dan saya akan cuba membuat anda rasa terhibur dengan post-post blog saya.


Selamat Datang Ke Pulau Besar, pulau keramat para Wali.

Sebulan yang lepas saya berkesempatan ke Pulau Besar, Melaka. Percutian ini lebih menjurus kepada percutian spiritual, kerana hajat kami adalah untuk menziarahi makam wali Allah yang banyak berjasa kepada perluasan kuasa dan perkembangan agama Islam di Asia Tenggara, iaitu Syeikh Ismail.



Ada banyak tempat percutian yang menarik di Pulau Besar seperti :

1 - Pantai Pulau Besar
2 - Resort Pulau Besar
3 - Makam Syeikh Ismail Abdul Qadir
4 - Makam Tujuh Beradik
5 - Keramat Tempayan Pecah
6 - Gua Yunus (Tempat Syeikh Ismail bertawajjuh dan bertapa)

Pesisir pantai Pulau Besar.

Perjalanan dari jeti Pulau Besar adalah lebih kurang 15 minit. Setibanya kami di sana, kami nampak ramai orang yang menziarahi makam Syeikh Ismail serta makam isterinya. Jadi kami pun sediakan khemah kami serta mengumpul kayu-kayu kering untuk dibakar. Selepas itu kami pun berjalan di tepi pantai.

Saya bersama rakan saya, encik Bad. Orangnya berilmu tinggi
tapi suka merendah diri.

Di situlah kami mulai nampak dan rasa perkara yang begitu menggetarkan jiwa dan tak masuk dek akal. Daripada terjumpa orang tabligh yang beri banyak nasihat pada kami, nampak orang bertapa sambil terapung atas air laut, nampak orang berjalan atas air, sehinggalah pengalaman berjumpa orang jual minyak za'faran dan minyak bunian tulen. Dari mana dia dapat, saya pun tak tahu.

Demi Allah, inilah gambar orang yang bertapa sambil terapung
atas air laut yang kami saksikan pada hari itu. 

Tapi pengembaraan kali ini memang sangat membuka jiwa dan hati kami tentang kebesaran Tuhan. Dia boleh bagi kuasa pada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Jadi moral of the story... janganlah menyombong dan bongkak dengan kelebihan diri. Bila-bila masa saja Tuhan boleh tarik balik, kerana kita hanyalah satu bayang ilusi yang hidup dalam dunia ilusi saja. Yang kekal selama-lamanya hanyalah Tuhan dan kita akan terhapus jua satu hari nanti.

Makam anak Syeikh Qadir.

Makam Puan Syarifah Rodziah, isteri kepada Syeikh Ismail.

Dan kos perbelanjaan semuanya adalah RM80 saja. Murah kan? Kenapa saya boleh ber-backpacking dengan begitu murah sekali?


p/s: untuk mendapatkan tiket flight murah, anda sendiri boleh dapatkannya sendiri menggunakan teknik ‘SPY’ khas. Baca selanjutnya di SINI.


Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Akaun Facebook : محمد شفريزل عزمي

Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes