Buat RM100 - RM200 Sehari Dengan Facebook? | SERBA ALAH SERBA ALAH: Buat RM100 - RM200 Sehari Dengan Facebook?
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Tuesday, January 06, 2015

Buat RM100 - RM200 Sehari Dengan Facebook?



Kalau dulu saya sudah pun berkongsi tentang tips-tips untuk menulis e-book serta asas menjana pendapatan di internet, sekarang saya ingin berkongsi tentang teknik rahsia pemasaran Facebook.

Tetapi hadamkan dulu nasihat saya.

"Jangan pandang remeh kuasa Facebook!".

Jangan sesekali buat begitu. Kerana statistik tahun 2014 menyatakan sebanyak 14 juta warga Malaysia mempunyai akaun Facebook dan hampir 80% daripada jumlah ini adalah sangat aktif dalam Facebook.

Dan saya pasti, lebih 40% - 50% daripada jumlah ini sangat dahagakan produk anda.

Jadi bagaimana untuk anda mulakan langkah kuasai teknik pemasaran Facebook?

Teknik Pemasaran Facebook #1 – Menggunakan Fan Page

Saya syorkan anda membuat fan page khas untuk produk atau perkhidmatan anda. Dari fanpage anda boleh sharekan informasi serta aktiviti bisnes yang sedang anda lakukan. Gunakan note, update dan fungsi event untuk berhubung dengan pelanggan anda.

Teknik Pemasaran Facebook #2 – Menggunakan Group

Anda juga boleh buat Group sebagai tempat untuk andamendapatkan prospek. Fungsi Group ni tak sama dengan Fan page.Apa kelebihan Group? Group membolehkan anda menghantar mesej terus ke Inbox prospek.

Teknik Pemasaran Facebook #3 – Promosi Di Wall FB

Untuk melakukan promosi di wall FB, pertama anda harus mempunyai friendlist yang sememangnya berminat dengan produk anda. Kalau tidak anda bagaikan syok sendiri dan akan membuang masa anda. Bagaimana nak dapatkan friendlist yang berkualiti ni? Anda join group-group yang berkenaan dengan produk anda. Jika anda jual produk kecantikan, cari group tentang kecantikan.Jika anda jual produk kesihatan cari group berkenaan kesihatan atau tentang permasalahan penyakit-penyakit. Dalam satu hari add kan dikalangan ahli group tersebut seramai 10 orang. Lakukan secara berterusan. Dengan cara ini jika anda buat promosi atau update di wall FB personal anda, friendlist ni akan terlihat promosi anda dan mungkin akan bertukar menjadi pelanggan anda.

Teknik Pemasaran Facebook #4 – Program Pengiklanan Facebook

Dimaklumkan teknik ini adalah teknik berbayar,dan anda perlu ada Kad Kredit atau Kad Debit. Dan ada seninya tersendiri. Kalau tersalah seni, anda boleh rugi banyak.

Untuk rahsia selanjutnya, saya cadangkan anda klik link FB LUBUK DUIT ANDA untuk download e-book percuma dari saya tentang cara pemasaran FB yang sangat menguntungkan. Jangan lupa download tau? Rahsia untuk anda jadi jutawan bisnes FB ada dalam tu. Takkan la tak nak pakai kereta Mercedes, rumah besar kot? Ada usaha, ada ilmu, insya-Allah semuanya boleh.

 "Success Now And Beyond!".

------------------------

Mohd Shafrizal Bin Azmi,
(ejen jualan produk emas PowerGold.Biz Sdn. Bhd.)
No telefon : 010-4320632
Facebook : Shafrizal.Azmi
Fanpage : Emas Kekayaan Ummah

-----------------------
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes