31 Tips Tingkatkan Jualan | SERBA ALAH SERBA ALAH: 31 Tips Tingkatkan Jualan
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Sunday, December 21, 2014

31 Tips Tingkatkan Jualan




Pernahkah anda menghadapai situasi dimana ramai yang meminta anda PM (private message) mereka di Facebook tentang produk anda, tetapi apabila anda PM mereka, mereka terus senyap sunyi dan tidak mempedulikan anda pun.

Ataupun, pernahkah anda alami, terdapat ramai orang yang melawati website anda, tetapi tiada seorang pun yang membeli produk anda.

Agak sedih dan frust bukan? Ada banyak sebab mengapa orang tidak membeli dari anda. Hari ini, kami akan kongsikan kepada anda 31 tips, yang mungkin boleh anda gunakan untuk meningkatkan jualan produk anda secara online.

1. Adakah produk anda membantu menyelesaikan masalah orang? Semak semula mesej jualan anda, adakah ianya dapat membantu bakal pembeli anda menyelesaikan masalah mereka. Produk yang mampu menyelesaikan masalah, pasti akan mendapat sambutan yang mengalakkan. Jika anda tidak dapat fikirkan bagaimana produk anda dapat membantu orang ramai menyelesaikan masalah, mungkin anda perlu cari produk yang lain..

2. Ceritakan, bagaimana anda menyelesaikan masalah anda sendiri menggunakan kaedah/produk tersebut sebelum anda menjual produk tersebut kepada pelanggan anda. Biarkan bakal pembeli merasakan.. “Wah! masalah yang dia hadapi, sama seperti masalah yang aku sedang hadapi sekarang!”.

3. Semak dan betulkan segala kesalahan ejaan yang ada. Kesalahan ejaan pada ayat-ayat jualan atau website anda, boleh menurunkan sedikit keyakinan pembeli untuk membeli.

4. Pastikan bakal pelanggan anda tahu bahawa mereka membeli dari seorang “manusia”. Cuba gunakan perkataan serta ayat-ayat yang lebih personal dan mesra , kalau boleh, jangan terlalu formal sangat. Pastikan ayat anda berbunyi seperti manusia dan bukannya “ayat mesin”.

5. Nyatakan, bagaimana ciri-ciri (feature) produk anda dapat memberikan faedah (benefit) kepada pembeli. Contohnya, komputer ini mempunyai RAM sebanyak 10Gb (feature) , oleh itu ia mampu membantu anda melakukan segala kerja anda dengan pantas (benefit).

6. Letakkan gambar anda pada profile atau website jualan anda. Orang lebih mudah percaya apabila mereka dapat melihat gambar anda.

7. Sediakan bonus tambahan. Bonus yang bagus dan banyak akan menjadikan tawaran anda kelihatan semakin menarik.

8. Berikan jaminan. Jaminan boleh berupa jaminan pulangan wang, atau jaminan produk sampai dalam masa beberapa hari, atau jaminan penukaran produk jika didapati produk tersebut tidak seperti yang dijangkakan oleh pembeli.

9. Ada testimonial? Jika ada, paparkan ia pada ayat jualan anda, ianya mampu memberikan impak yang besar kepada jualan produk anda.

10. Kenalpasti semua alasan pembeli untuk tidak membeli, dan berikan jawapan balas sebaik mungkin.

11. Mungkin anda boleh tawarkan percubaan/sample percuma?

12. Jika produk anda berada pada harga premium, mungkin boleh berikan pilihan bayaran secara ansuran kepada pembeli?

13. Mungkinkah mesej jualan anda mengelirukan? Cuba dapatkan anak atau kanak-kanak berumur 9-12 tahun, minta mereka baca, adakah mereka faham apa yang anda sedang jual?

14. Berikan sebab mengapa bakal pembeli perlu membeli produk anda hari ini? Jika mereka tiada sebab untuk beli produk anda hari ini, mungkin mereka tidak akan membeli produk anda sampai bila-bila..

15. Apabila menulis ayat jualan, jangan bayangkan anda sedang menulis atau bercakap kepada ramai orang, tetapi bayangkan anda sedang bercakap dengan hanya kepada “seorang” bakal pelanggan sahaja.

16. Bolehkah anda berikan sedikit demo tentang produk anda? Mungkin demo dalam bentuk video bagaimana produk tersebut berfungsi atau bagaimana untuk menggunakannya?

17. Berikan bukti bahawa apa yang anda katakan adalah benar. Bukti tersebut boleh berbentuk statistik, kajian, survey, testimonial, kes studi ataupun berita-berita serta isu terkini yang mungkin boleh dikaitkan dengan produk anda.

18. Sediakan beberapa pakej dan harga untuk produk anda. Ianya akan menjadikan harga produk anda kelihatan “lebih” berpatutan untuk dimiliki.

19. Permudahkan borang tempahan dan proses pembelian.

20. Sediakan nombor telefon yang boleh dihubungi. Kadangkala, bakal pelanggan mahu mengesahkan kewujudan anda dan bertanya sedikit soalan sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli.

21. Sediakan ruangan FAQ/Soalan Lazim. Ianya akan memudahkan pelanggan mendapat jawapan bagi persoalan-persoalan yang mungkin akan menghalang diri mereka untuk membeli produk anda jika soalan tersebut tidak dijawab.

22. Menurut Drayton Bird, seorang pakar copywriting, apabila anda membuat iklan, pastikan iklan anda menyentuh salah satu dari 9 kemahuan manusia ini, iaitu.. (1) buat duit , (2) jimat duit, (3) jimat masa dan usaha, (4) buat sesuatu yang bagus untuk keluarga , (5) rasa selamat, (6)mengagumkan orang lain, (7) mendapat pujian, (8) memperbaiki diri dan (9) menyertai sesuatu golongan atau kumpulan yang “special”.

23. Adakah anda menggunakan perkataan “Beli Sekarang!” pada butang pembelian anda? Mungkin anda boleh cuba tukarkan kepada “Dapatkan Sekarang!” , “Sertai kami!” atau ayat-ayat lain yang tidak begitu kelihatan terlalu “menjual”.

24. Adakah iklan anda kelihatan kelakar? Komedi kadangkala boleh menjadi sangat berkesan dalam melariskan produk, tetapi kadangkala, ia juga boleh menghancurkan minat bakal pembeli untuk membeli. Unsur komedi dalam jualan seringkali tidak dapat dijangka. Jika komedi tidak begitu berkesan pada iklan anda, mungkin anda boleh cuba ayat yang lebih serius.. ataupun sebaliknya.

25. Cuba besarkan font anda.

26. Jual mahal sedikit. Contohnya.. “Jangan beli produk ini, KECUALI, anda memang benar-benar mahu [nyatakan manfaat produk anda] . Produk ini adalah terhad, jadi, berikan peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukannya sahaja!”. Atau, ayat lain yang boleh digunakan.. “Terus-terang saya katakan, produk ini bukanlah untuk semua orang..”, ianya akan mengangkat sedikit rasa “special” dalam diri bakal pembeli.

27. Bagaimana dengan P.S anda? Untuk kesan yang terbaik, anda perlu nyatakan semula manfaat utama yang akan diperolehi oleh bakal pembeli, jaminan yang diberikan, serta sebab mengapa mereka perlu beli segera produk anda di ruangan PS ini.

28. Merawat lebih baik dari mencegah. Yup! Ianya sedikit terbalik dari slogan biasa apabila tiba bab “menjual produk”. Jika anda menjual produk yang berkaitan kesihatan, produk yang berfungsi untuk “merawat” atau “mengubati” adalah lebih senang untuk dijual berbanding produk yang berfungsi untuk “mencegah”. Orang lebih gemar untuk “menyelesaikan masalah” yang sedang mereka hadapi, berbanding “mencegah” sesuatu yang hanya “mungkin” akan mereka hadapi suatu hari nanti. Oleh itu, tekankan, kepada “apa yang boleh diubati”, berbanding “apa yang boleh dicegah”.

29. Dapatkan “endorsement” . Mungkin anda boleh dapatkan “endorsement” produk anda dari pihak-pihak yang berpengaruh seperti selebriti atau pihak-pihak yang berauthoriti .

30. Nyatakan sebab mengapa anda menawarkan produk anda. Ayat yang menyatakan sebab, akan meningkatkan kadar respon pembeli. Contohnya.. “Dapatkan sekarang produk ini!” kurang berkesan beranding “Dapatkan sekarang produk ini kerana stok adalah terhad !”

31. Gunakan sosial media serta forum untuk mendengar dan memerhati masalah-masalah yang dihadapi oleh pasaran sasaran anda. Apakah masalah mereka? Apakah perkataan atau ayat yang mereka gunakan di dalam menyatakan masalah mereka? Kumpulkan info-info tersebut dan gunakan ia untuk membolehkan anda berkata-kata menggunakan “bahasa” yang sama dengan mereka.

Ini adalah serba sedikit tentang tips meningkatkan jualan yang saya boleh kongsikan pada anda. Walaupun nampak basic, sebenarnya ia mampu untuk menolong anda pergi jauh dalam apa jua bisnes yang anda jalankan. Kalau tak, saya takkan mampu menjana pendapatan RM6K dengan perniagaan emas saya.

Jika anda juga mempunyai tips yang sangat membantu anda meningkatkan jualan anda, jangan malu atau segan. Share-kan saja di komen. Sharing is caring, anda pun dapat pahala.

Selamat mencuba!
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi
Comment Using

Comment Policy : We’re enthusiastic to see your comment. However, Please Keep in mind that all comments are moderated manually by our human reviewers according to our comment policy, and all the links are nofollow. Using Keywords in the name field area is forbidden. Let’s enjoy a personal and evocative conversation.

2 comments:

  1. Terima kasih atas tips yang dikongsi. Sangat informatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kak. Semoga bisnes jadi lebih maju dengan menggunakan tips-tips di atas. :D

      Delete

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes