Mentaliti Niaga Rakyat Malaysia : Fail | SERBA ALAH SERBA ALAH: Mentaliti Niaga Rakyat Malaysia : Fail
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Saturday, October 18, 2014

Mentaliti Niaga Rakyat Malaysia : Fail



Haishhhh... masih tak berubah. Masih tak maju. Masih berada di takuk lama. Saya sudah lama perhatikan pola purata tahap mentaliti niaga rakyat Malaysia. Dalam pada itu, saya juga mengkaji apakah 'keyword' yang sangat disukai oleh majoriti rakyat Malaysia sama ada melalui pemerhatian di laman carian ataupun di laman sosial seperti Facebook dan sebagainya.

Hasilnya sangat menyedihkan.

Majoriti rakyat Malaysia rupanya masih banyak mendambakan ayat 'cari duit mudah, tanpa bekerja, tanpa menjual, tanpa berjumpa orang'... lantas cukup tertipu dengan banyak skim-skim penipuan yang ditawarkan di internet. Dan tidak kurang juga, majoriti rakyat Malaysia tidak mempedulikan ilmu pengetahuan dengan sambutan dingin terhadap seminar perniagaan, produk ilmu dan ebook yang sangat-sangat berkualiti dan sangat memantu dalam perniagaan sama ada perniagaan offline ataupun di internet. Selama ini saya ingatkan skill tunjuk gambar duit berkepuk dalam mempromosi perniagaan sudah pun lapuk ditelan zaman. Tapi malangnya saya tersilap. Masih ramai lagi yang tertipu dengan skill ejen skim cepat kaya ini rupanya.

Itu adalah satu sebab yang paling kukuh lagi jitu kenapa rakyat Malaysia senang ditipu. Kalau dalam kata kasarnya, majoriti nak duit cepat dan mudah tanpa berusaha. Gila ke apa? Sedangkan Nabi SAW dulu telah dididik oleh Allah Taala dengan jalan perniagaan, di mana Nabi SAW diberi amanah untuk menjalankan perniagaan Siti Khadijah RA daripada Mekah ke Yaman, dan Mekah ke Syam. Jadi secara teorinya, boleh ke kita dapat duit free tanpa berusaha menjual produk, tanpa berkomunikasi dengan pelanggan, tanpa berjalan ke sana ke mari untuk menjaja produk... dengan hanya sekadar duduk goyang kaki di rumah sambil mengharap duit turun dari langit ke akaun bank masing-masing?

Ketahuilah, tiada yang senang dalam dunia perniagaan. Untuk berniaga, anda perlukan modal.

Apabila sudah ada modal, anda perlukan produk yang berkualiti tinggi.

Sudah ada produk, anda perlukan ilmu perniagaan yang mantap dan berkesan.

Sudah ada ilmu, anda perlukan pula stategi yang efektif.

Sudah ada strategi, anda perlukan pula kredibiliti yang sahih dan tidak diragui. Barulah anda boleh berjaya.

Jika anda mahu berjaya dalam dunia perniagaan, anda boleh tolak ke tepi skim-skim mengarut seperti skim piramid cepat kaya, skim 'buat duit tanpa perlu menjaja produk', skim pelaburan kewangan tidak bertauliah dan sebagainya. Apa yang anda perlukan? Saya sudah list-kan elemen-elemen yang anda perlukan di atas.

Pada saya mudah saja, apakah ini satu kegilaan untuk anda mempromosi perniagaan tanpa produk sedangkan Nabi SAW dulu pun berniaga ada produk sendiri yang di-supply oleh Siti Khadijah? Masyarakat masa kini cukup gah bersembang tentang sunnah Nabi SAW an sebagainya, jadi berniaga bersandarkan produk yang sahih lagi wujud itu pun satu sunnah juga. Bukan saja sunnah, bahkan ianya menjadi satu dosa dan hukumnya haram untuk berniaga tanpa produk yang sahih lagi wujud. Wang atas angin, hukumnya haram.

Jadi, tepuk dada tanya selera. Adakah mentaliti niaga rakyat Malaysia sudah berkembang? Maaf cakaplah, bagi saya... kita masih failed dan berada di takuk lama lagi. Tapi masih belum terlambat untuk kita mulakan usaha kita dan melangkah ke persada kejayaan.

Selamat Berjaya!
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi
Comment Using

Comment Policy : We’re enthusiastic to see your comment. However, Please Keep in mind that all comments are moderated manually by our human reviewers according to our comment policy, and all the links are nofollow. Using Keywords in the name field area is forbidden. Let’s enjoy a personal and evocative conversation.

1 comment:

  1. Jom! Sertai saya buat perniagaan simkad! Mudah sahaja! Awak beli simkad, nikmati pelbagai kelebihannya, kemudian mahu duit, perkenalkanlah kepada orang lain. Jadi komisyen masuk! Mudah sangat! Berminat sila ke blog izzahazryna.blogspot.com :)

    ReplyDelete

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes