Jom Bertani! | SERBA ALAH SERBA ALAH: Jom Bertani!
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Thursday, October 02, 2014

Jom Bertani!



Harga barang dah makin naik. Harga makanan dan minuman pun dah naik. Harga tarif elektrik pun tinggi. Dengar kata minyak RON95 dan Diesel naik 20 sen bermula tengah malam ini. Tapi gaji tak pernah naik-naik.

Apa kata rakyat?

Dataran Merdeka?

Malaysian Spring?

Demonstrasi dan rusuhan?

Baring tengah jalan?

Jerit 'Allahu Akbar' dan tumbangkan kerajaan?

Lawan tetap lawan?

Masak minda orang kita, asyik kerja bergaduh saja. Tak hairanlah terlampau padat elemen negatif dalam udara Malaysia sekarang ini.

Mari dengar cerita saya. Ini khas untuk orang-orang yang ada tanah terbiar, tanah pusaka kosong tak berdiri rumah bagai, dan orang yang ingin membeli tanah. Kita balik saja ke pertanian asas. Mesti ada orang kata, apa barang bertani? Tak modenlah macam ni. 

Okay, cakaplah pada orang ini. Ex-kapten kapal. Sekarang mengajar di salah sebuah akademi laut terulung di Malaysia. Apa side income-nya? 

BERTANI. Tanam cili di tanah 2 - 3 ekar dan jual pada orang ramai dan syarikat makanan tempatan. Untung? RM10,000 sebulan.

Cili padi hijau pedas bos.

Bunga dan buah cili padi.

Capt. Nizam bersama ladang cili-nya.

Luas tak luas lah ladangnya. Ada lagi 2 ekar berdekatan
dengan lokasi ini.


Pokok pra-matang yang baru saja ditanam. Perlukan 2 bulan
untuk mula berbuah.

Orang kata, tak kisahlah apa saja kelayakan kau pun. Degree ke, diploma ke, master ke. Tapi kalau kau berbudi pada tanah, Allah akan balas balik dengan berlipat ganda kerana kau telah berjasa kepada bumi. Daripada asyik mengomel tak dapat kerja, nak kerja dalam bilik aircond, lebih baik kita bercucuk tanam. Mulakan dengan sedikit modal dahulu. Insya-Allah dalam masa 5 tahun nanti, tengoklah siapa yang akan jadi jutawan nanti. Kita berusaha, Allah yang menentukan. Tetapi Allah sudah berjanji, Dia akan balas golongan yang berusaha keras dan tidak berputus asa dalam mencari rezeki halal dengan ganjaran yang sangat hebat. Yang penting hanyalah berserah dan bertawakkal kepada-Nya saja.

Terima kasih Kapt. Nizam kerana telah sudi mencurahkan ilmu perladangan dan pertanian kepada saya, di samping ilmu perkapalan dan pelayaran. Semoga Allah merahmati Kapt. serta keluarga dan mencurahkan rezeki yang maha banyak kepada Kapt.

Terima kasih.


p/s : Sesiapa yang asyik mengadu tiket penerbangan mahal, saya ada solusinya di sini. Jangan malu, jangan segan. Anda boleh gunakan teknik rahsia yang saya berikan ini seumur hidup anda, untuk kesenangan anda. Langganlah newsletter blog ini dengan memasukkan nama dan e-mel anda di ruangan atas, sebelah kanan. Saya gembira membantu anda.


Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes