Waktu Pagi Itu Rezeki | SERBA ALAH SERBA ALAH: Waktu Pagi Itu Rezeki
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Thursday, September 25, 2014

Waktu Pagi Itu Rezeki


“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)


Waktu pagi selalunya adalah suatu pemandangan yang cukup indah. Cukup indah sehingga anda boleh tertarik melihat pemandangan matahari terbit disertai dengan kicauan burung dan desiran angin bayu pagi.

Kalau anda tanya rahsia orang tua yang kekal sihat di masa tua mereka, rata-ratanya akan berkata, "Rahsia? Bangun pagi, dik. Sebelum subuh sudah bangun.". Ini kerana pada masa itulah udara di sekeliling kita adalah betul-betul bersih dan munculnya partikel-partikel ion positif. Sudah tentu elemen-elemen ini akan membantu kesihatan badan.

Kalau untuk orang Islam pula, waktu pagi adalah senjata rahsia utama pencarian rezeki Muslimin dan Muslimat. Barangsiapa yang menguasai waktu pagi, bererti dia akan berjaya dalam hidupnya. Ini sudah janji Allah ketika mewahyukan solat sunat Dhuha kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dulu.

Bagaimana untuk umat Islam menguasai waktu pagi?



  1. Bangun sebelum subuh.
  2. Mandi sunat. Yang mana belum mandi wajib, cepat-cepatlah buat.
  3. Solat Subuh berjemaah.
  4. Berwirid dan berdoa panjang lebar. Nyatakan kepada Allah apa yang kita mohon untuk keberkatan pagi pada hari tersebut.
  5. Berzikir. Yang mana sudah diijazahkan dengan zikir Asma Ul-Husna iaitu 'Ya Latiff', 'Ya Razak' serta zikir khusus yang lain-lain, adalah lebih baik amalkan pada waktu pagi sebagai usaha kita memohon dari Allah.
  6. Merancang dan membuat kertas plan untuk pagi tersebut, serta mengikutinya dengan penuh disiplin.
  7. Mulakan langkah dengan doa dan kaki kanan. 
  8. Yang mana mahu bersenam, waktu inilah waktu yang paling baik.
  9. Mulakan pagi dengan senyuman dan tanamkan azam di dalam minda. 
  10. Mulakan langkah dengan bersemangat. 
  11. Niatkan bekerja kerana Allah Taala. Apabila diniatkan begitu, nescaya segala pekerjaan yang baik akan menjadi ibadah. Dapat pahala free, dapat kasih sayang Allah Taala juga.
  12. Antara pukul 8 sehingga 12, luangkanlah masa untuk bersolat sunat Dhuha dan berdoa memohon supaya dilimpahkan rahmat dan kurnia rezeki.

Nescaya anda akan menguasai waktu pagi menurut janji Allah Taala. Senang saja, bukan?


p/s : Waktu pagi di ladang gandum Ukraine dan pelabuhan Portsmouth United Kingdom sangat cantik. Siapa kaki melancong di sini? Siapa antara anda yang kerap gunakan penerbangan komersial? Susah nak cari tiket murah? E-book ini sangat berguna untuk anda yang suka melancong. Untuk makluman lanjut, langganlah newsletter saya (di penjuru kanan, atas).



Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Akaun Facebook : محمد شفريزل عزمي
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes