Buat Duit Dengan Program Affiliate? | SERBA ALAH SERBA ALAH: Buat Duit Dengan Program Affiliate?
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Saturday, September 27, 2014

Buat Duit Dengan Program Affiliate?

Orang selalu bertanya pada saya, bagaimana saya buat duit di internet? Adakah melalui blogging? Main sistem MLM?

Saya selalunya tersenyum dan gelengkan kepala. Blog adalah blog, dan saya bukannya kaki main sistem MLM. Prinsip perniagaan saya adalah untuk menyenangkan pelanggan dan masyarakat umum, bukannya untuk menyusahkan mereka lagi. Cukuplah kita semua merasa perit jerih akibat kenaikan harga barang, kenaikan cukai, kondisi ekonomi yang tak menentu pada masa kini.


KEDAI SUDAH DIBUKA~!

Jadi, bagaimana cara saya menjana pendapatan di internet?

Ianya adalah melalui sistem Affiliate. Saya hanya perlu promosikan produk yang telah dipersetujui untuk saya promosikan selepas saya mengambil kira kegunaannya untuk masyarakat umum, keberkesanannya untuk menyelesaikan masalah masyarakat umum serta kesan positif untuk masyarakat umum.

Perkara pertama yang saya buat adalah :
  1. Kaji produk tersebut dengan sangat teliti. 
  2. Tengok level keberkesanan produk itu untuk menyelesaikan masalah pelanggan.
  3. Kaji efek positif produk itu kepada masyarakat umum.
Perkara kedua pula adalah berkenaan dengan promosi. Bagaimana saya membuat promosi?
  1. Kaji pasaran umum.
  2. Mulakan dengan membina blog, bagi yang masih tidak mempunyai blog.
  3. Bagi yang sudah mempunyai blog, tuliskan artikel review anda untuk produk tersebut.
  4. Pasarkan produk affiliate anda itu ke blog anda
  5. Anda boleh mula membuat promosi ke laman sosial (Facebook, Friendster, Twitter, Pinster, Myspace, Umma-land dan sebagainya)
  6. Pastikan anda juga membuat promosi di laman forum dan laman-laman pengiklanan yang lain.
  7. Bina strategi pemasaran e-mel. 
  8. Tulis artikel dan hantarkannya ke laman-laman web artikel serta media massa. 
Terdapat banyak lagi cara untuk anda membuat promosi selain tujuh perkara basic di atas. Tapi pantang-larang semua kaedah ini cuma satu, lakukanlah mengikut peraturan laman web yang anda kunjungi dan jangan sesekali melakukan promosi spam. Nak cari rezeki halal kenalah gunakan kaedah halal, betul tak? Janganlah sampai menyakitkan hati orang lain, itu sudah dikira zalim dan jatuh dalam hukum haram.

Saya akan huraikan dengan panjang lebar mengenai strategi pemasaran yang saya belajar dari sifu-sifu perniagaan internet di Malaysia dalam post yang seterusnya.


p/s : Siapa kaki melancong di sini? Siapa antara anda yang kerap gunakan penerbangan komersial? Susah nak cari tiket murah? E-book ini sangat berguna untuk anda yang suka melancong. Untuk makluman lanjut, langganlah newsletter saya (di penjuru kanan, atas).


Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes