SERBA ALAH: rahsia dapat tiket kapal terbang murah
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Showing posts with label rahsia dapat tiket kapal terbang murah. Show all posts
Showing posts with label rahsia dapat tiket kapal terbang murah. Show all posts

Sunday, September 28, 2014

Mari Melancong ke Australia!

Sebelum ini kita sudah ke Korea. Hari ini kita ke Australia pula. Land of the Kangaroos, The Wallabies, mereka cakap. Saya sebenarnya takut mahu ke Australia kerana di situlah banyaknya binatang pelik-pelik. Baik labah-labah Tarantula sebesar tin minuman Yeo's, ular Rattlesnake berbisa 'sekali-sengat-boleh-mati-terus' ataupun kala jengking Emperor sebesar kotak rokok Winston.

Tapi rupa-rupanya benda sebegini hanya wujud di gurun-gurun Australia saja. Ianya tidak terdapat di bandar-bandar besar dan pusat peranginan. Selamat...

Pastikan jika anda mahu ke Australia, anda melawat bandar- bandar ini. Segala keseronokan, keindahan Australia sebenarnya ada pada bandar-bandar ini. Dan jangan risau tentang makanan halal. Terdapat ramai Muslim di Australia, termasuklah orang Melayu yang bekerja atau tinggal terus di sana.


Gold Coast.

Bandar Melbourne.

Bandar Perth.

Bandar Sydney.

Haga tiket? Jangan risau, saya ada penyelesaiannya. Klik di SINI.


Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي

Posted By: Unknown on Sunday, September 28, 2014

Petua Merancang Percutian

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua.

Kajian Forbes tahun 2011 telah menyatakan bahawa ramai orang yang mahu bercuti, tetapi mereka jadi keliru dengan percutian yang mereka jangkakan akibat tiada perancangan yang teliti. Ya, ianya nampak seperti mudah tetapi pada hakikatnya, percutian haruslah dirancang dengan teliti bagi kepuasan maksima anda. Apa guna kita bercuti tetapi pada akhir percutian tersebut, kita menjadi semakin tension dan tertekan. betul tak?

Rancanglah percutian anda dengan teliti.

Petua basic untuk anda merancang percutian anda adalah :
  1. Senaraikan tempat-tempat menarik yang anda mahu pergi. 
  2. Kaji perbelanjaan anda untuk setiap tempat tersebut. Harga tiket pesawat, harga tempat penginapan dan makanan, dan sebagainya.
  3. Pilih mana satu yang memenuhi citarasa anda, sesuai dengan niat anda untuk bercuti (membawa keluarga, backpacking seorang diri, honeymoon dengan isteri anda, bawa awek anda bersama, ataupun anda memang kerja mahu cari lubang merata-rata tempat) dan juga mematuhi had perbelanjaan anda. 
  4. Pilih mana kawasan penginapan yang sesuai dengan anda, dan juga harga yang ditawarkan. Pada masa inilah anda harus mencari harga promosi. 
  5. Periksa sama ada passport anda masih okay ataupun perlu diperbaharui. Dan diingatkan juga pada mana-mana yang tidak membayar wang pinjaman PTPTN, nama anda secara automatiknya akan di-blacklist. Jadi sila periksa dengan jabatan PTPTN untuk keselesaan anda.
  6. Tentukan tempoh percutian anda dan nilai perbelanjaan yang akan anda gunakan. Janganlah anda asalnya mahu bercuti di Amsterdam, akhirnya tersangkut pula di Red Light District dan perbelanjaan anda melebihi had yang anda sendiri sudah tentukan awal-awal lagi. Kawallah nafsu anda. (kecualilah anda memang mahu lepak di Red Light District)
  7. Tentukan tarikh anda pergi dan tarikh anda pulang. Itu berguna untuk anda ambil kira keselamatan harta benda dan rumah anda nanti.
  8. Beritahu jiran anda yang anda mahu pergi bercuti dan pulang pada tarikh yang ditetapkan oleh anda sendiri. Mintalah tolong mereka untuk jaga rumah anda sepanjang percutian anda. Kalau anda mahu, anda boleh beritahu balai polis yang berhampiran supaya mereka boleh membuat rondaan dan mengawal rumah anda. 
  9. Pastikan anda membawa pakaian yang mencukupi. Juga peralatan kebersihan anda seperti syampoo rambut, sabun, berus gigi, ubat gigi dan lain-lain lagi. Berjimat cermat akan membantu anda enjoy dalam percutian anda, percayalah.
  10. Jika anda mempunyai binatang peliharaan, saya cadangkan anda memberikannya kepada pusat penjagaan binatang peliharaan yang berhampiran untuk dijaga sementara anda pergi bercuti. Janganlah anda biarkan binatang peliharaan anda terseksa tak makan dan minum pula. Tak baik seksa binatang. 
  11. Pastikan sebelum anda pergi bercuti, segala mangkuk pinggan telah dicuci. Sampah juga sudah dibuang, rumah anda dikemas dengan rapi dan bersih. Pastikan tiada pili air yang terbuka, lampu yang terpasang, pili tiub gas sudah dicabut. Keselamatan dan kebersihan rumah anda sangat penting.
  12. Pastikan anda membawa segala barang mandatori seperti wang, telefon bimbit, dompet, passport dan sebagainya bersama anda. Jangan sampai kena tangkap dan dihumban masuk ke pusat pendatang asing (kalau anda melancong ke negara asing).
  13. Pastikan anda sudah ke hospital dan mendapatkan nasihat doktor sekiranya anda ingin ke luar negara. Vaksin akan diberikan oleh hospital (seperti contoh, jemaah haji dan umrah akan diberikan vaksin di hospital sebelum ke Tanah Suci).
  14. Pastikan anda sudah mendapat pengesahan kebenaran dan visa untuk masuk ke negara asing bagi tujuan bercuti. Kunci rumah anda bolehlah anda berikan satu salinan kepada jiran rumah anda, dan satu salinan lagi anda pegang. 
Perancangan sangat penting untuk anda bercuti dengan bebas dan tanpa sebarang kerisauan. Pastikan anda ikut semua tips yang dicadangkan. Insya-Allah percutian anda akan menjadi satu event yang akan anda kenang sampai bila-bila.


p/s : Siapa kaki melancong di sini? Siapa antara anda yang kerap gunakan penerbangan komersial? Susah nak cari tiket murah? E-book ini sangat berguna untuk anda yang suka melancong. Klik di SINI.


Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي

Posted By: Unknown on

Melancong Ke Korea

Malam ni saya nak bawa anda semua ke Korea. Ada sesiapa yang tidak tahu tentang Korea? Tempat lahirnya budaya K-Pop, lagu-lagu K-Pop yang catchy, artis perempuan yang seksi dan sebagainya.

Tapi Korea juga mempunyai tempat-tempat percutian yang sangat menarik terutamanya jika anda sedang merancang satu percutian musim sejuk yang menarik untuk anda dan keluarga.


Myeong Dong Street.

Kereta Kabel Namsan.

Istana Gyeongbok.

Yongpyeong Ski Resort

Konjiam Ski Resort.

Ini adalah senarai tempat-tempat yang cukup menarik untuk dilawati di Korea. Jadi pastikan anda mempunyai perancangan yang rapi serta persediaan yang secukupnya. Harga tiket?


RM370.00 seorang.

Bagaimana boleh anda dapat harga tiket semurah begini? Apa rahsianya? Klik di SINI.


p/s : Bawak balik sayur kimchi banyak-banyak untuk saya ya?~


Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي

Posted By: Unknown on

Thursday, September 25, 2014

Cari Tiket Flight Murah?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.

Saya tak mahu bercakap banyak kerana itu bukan style saya. Style saya adalah kita fikir, kita buat, kita tunjuk keputusan akhir.

Saya pernah bercakap soal perihal bagaimana mahu cari tiket murah, betul tak? Dan maafkan saya, saya tidak akan bercakap soal-soal seperti itu jika saya tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Tapi jangan terkejut, bukti kukuh sudah terhidang di hadapan anda hasil kerja gila saya dan penulis e-book Rahsia Tiket Spy ini.



Posted By: Unknown on Thursday, September 25, 2014

Wednesday, September 24, 2014

Mari Bercuti!

Assalamu'alaikum warahmatullah dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Terima kasih kerana terus setia bersama saya, dan saya akan cuba membuat anda rasa terhibur dengan post-post blog saya.


Selamat Datang Ke Pulau Besar, pulau keramat para Wali.

Sebulan yang lepas saya berkesempatan ke Pulau Besar, Melaka. Percutian ini lebih menjurus kepada percutian spiritual, kerana hajat kami adalah untuk menziarahi makam wali Allah yang banyak berjasa kepada perluasan kuasa dan perkembangan agama Islam di Asia Tenggara, iaitu Syeikh Ismail.

Posted By: Unknown on Wednesday, September 24, 2014

Tuesday, September 23, 2014

WiFi Atas Pesawat Penumpang. Fakta atau Auta?

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca setia blog ini. Semoga anda dirahmati Ilahi selalu.

Posted By: Unknown on Tuesday, September 23, 2014

Monday, September 22, 2014

Nak Rasa Melancong Seluruh Dunia?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Thorrbannggg!~ (Bahasa Melayu : Terbang, English : Flying)

Malam ni memang malam yang agak gila bagi saya. Bertepatan juga dengan niat dan impian saya untuk melancong di seluruh dunia, saya ada benda baru untuk dikongsikan dengan anda semua.

Jadi, izinkan saya bertanya :

Adakah anda suka melancong? 

Kalau ya, negara manakah yang menjadi impian anda? 

Apa kekangan yang menyebabkan anda tidak boleh tunaikan impian anda? 

Adakah ianya disebabkan tiket pesawat yang MAHAL

Kalau ya, anda berminat tak kalau saya kongsikan cara-cara dan tips rahsia yang membolehkan anda membeli tiket pesawat (sama ada AirAsia ataupun MAS) dalam harga yang MURAH

Kalau jawapan anda untuk soalan saya terakhir adalah "saya berminat!", Alhamdulillah. Teruskan membaca post ini.


Posted By: Unknown on Monday, September 22, 2014

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes