SERBA ALAH: buat duit
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Showing posts with label buat duit. Show all posts
Showing posts with label buat duit. Show all posts

Saturday, October 18, 2014

Mentaliti Niaga Rakyat Malaysia : Fail



Haishhhh... masih tak berubah. Masih tak maju. Masih berada di takuk lama. Saya sudah lama perhatikan pola purata tahap mentaliti niaga rakyat Malaysia. Dalam pada itu, saya juga mengkaji apakah 'keyword' yang sangat disukai oleh majoriti rakyat Malaysia sama ada melalui pemerhatian di laman carian ataupun di laman sosial seperti Facebook dan sebagainya.

Hasilnya sangat menyedihkan.

Majoriti rakyat Malaysia rupanya masih banyak mendambakan ayat 'cari duit mudah, tanpa bekerja, tanpa menjual, tanpa berjumpa orang'... lantas cukup tertipu dengan banyak skim-skim penipuan yang ditawarkan di internet. Dan tidak kurang juga, majoriti rakyat Malaysia tidak mempedulikan ilmu pengetahuan dengan sambutan dingin terhadap seminar perniagaan, produk ilmu dan ebook yang sangat-sangat berkualiti dan sangat memantu dalam perniagaan sama ada perniagaan offline ataupun di internet. Selama ini saya ingatkan skill tunjuk gambar duit berkepuk dalam mempromosi perniagaan sudah pun lapuk ditelan zaman. Tapi malangnya saya tersilap. Masih ramai lagi yang tertipu dengan skill ejen skim cepat kaya ini rupanya.

Itu adalah satu sebab yang paling kukuh lagi jitu kenapa rakyat Malaysia senang ditipu. Kalau dalam kata kasarnya, majoriti nak duit cepat dan mudah tanpa berusaha. Gila ke apa? Sedangkan Nabi SAW dulu telah dididik oleh Allah Taala dengan jalan perniagaan, di mana Nabi SAW diberi amanah untuk menjalankan perniagaan Siti Khadijah RA daripada Mekah ke Yaman, dan Mekah ke Syam. Jadi secara teorinya, boleh ke kita dapat duit free tanpa berusaha menjual produk, tanpa berkomunikasi dengan pelanggan, tanpa berjalan ke sana ke mari untuk menjaja produk... dengan hanya sekadar duduk goyang kaki di rumah sambil mengharap duit turun dari langit ke akaun bank masing-masing?

Ketahuilah, tiada yang senang dalam dunia perniagaan. Untuk berniaga, anda perlukan modal.

Apabila sudah ada modal, anda perlukan produk yang berkualiti tinggi.

Sudah ada produk, anda perlukan ilmu perniagaan yang mantap dan berkesan.

Sudah ada ilmu, anda perlukan pula stategi yang efektif.

Sudah ada strategi, anda perlukan pula kredibiliti yang sahih dan tidak diragui. Barulah anda boleh berjaya.

Jika anda mahu berjaya dalam dunia perniagaan, anda boleh tolak ke tepi skim-skim mengarut seperti skim piramid cepat kaya, skim 'buat duit tanpa perlu menjaja produk', skim pelaburan kewangan tidak bertauliah dan sebagainya. Apa yang anda perlukan? Saya sudah list-kan elemen-elemen yang anda perlukan di atas.

Pada saya mudah saja, apakah ini satu kegilaan untuk anda mempromosi perniagaan tanpa produk sedangkan Nabi SAW dulu pun berniaga ada produk sendiri yang di-supply oleh Siti Khadijah? Masyarakat masa kini cukup gah bersembang tentang sunnah Nabi SAW an sebagainya, jadi berniaga bersandarkan produk yang sahih lagi wujud itu pun satu sunnah juga. Bukan saja sunnah, bahkan ianya menjadi satu dosa dan hukumnya haram untuk berniaga tanpa produk yang sahih lagi wujud. Wang atas angin, hukumnya haram.

Jadi, tepuk dada tanya selera. Adakah mentaliti niaga rakyat Malaysia sudah berkembang? Maaf cakaplah, bagi saya... kita masih failed dan berada di takuk lama lagi. Tapi masih belum terlambat untuk kita mulakan usaha kita dan melangkah ke persada kejayaan.

Selamat Berjaya!

Posted By: Unknown on Saturday, October 18, 2014

Friday, October 17, 2014

SEO VS AdWords



Kalau ikut dalam bahasa kasar saya, "Aku dah lama perati je kau ni, Adwords.". Sekali tengok meletup terus! Saya sendiri pun tak sangka penangan Google Adwords sebenarnya sehingga macam ini. Mungkin juga teknik SEO yang lama sudah boleh dikira lapuk dan tidak sesuai lagi untuk tahun 2014 dan tahun hadapan, tahun 2015.

Walaupun begitu, saya masih suka mengkaji tentang SEO yang pada saya, adalah satu cabang ilmu Internet Marketing yang sangat unik dan kalau kita pandai dalam ilmu SEO ni, trafik blog dan website kita juga akan melonjak naik.

Cuma... ilmu Seni Adwords ini adalah satu cabang ilmu baru yang saya masih perlu kuasai lagi dan saya sendiri pun masih tak berani untuk berkongsi apa yang saya belajar dengan anda semua kerana ilmu yang saya dapat ini adalah masih sedikit daripada rantaian ilmu Seni Adwords yang mampu melonjakkan jualan produk anda meletup-letup. Tak percaya? Saya berikan bukti di bawah.


Pakar Internet Marketing sudah mulai sedar...

Kesan daripada penangan Google Adwords

Fungsi Google Adwords. Iklan anda
akan terpampang dan kekal jika anda
tahu cara yang betul.

Nama saya pun ada jugak boss. Hasil
penangan Google Adwords.

Untuk memahami fungsi dan kelebihan Google Adwords ni sebenarnya sangat mudah. Andai kata anda pilih sebanyak RM150 untuk iklan dengan Google Adwords, dengan modal sebanyak itu insyaAllah anda boleh mendapat 1000 orang pelawat yang betul betul berminat dengan produk yang anda promosikan.

Ia bukan sembarangan pelawat kerana mereka adalah golongan yang sangat berminat dengan produk tersebut. Malah peluang untuk mereka menjadi pelanggan juga sangat tinggi.

Purata carian bagi keyword 'Kerja Kosong'

Sebagai contoh, saya highlight-kan keyword carian 'Kerja Kosong'. Di Malaysia sahaja, lebih dari 135,000.00 carian dibuat oleh rakyat Malaysia dengan keyword 'kerja kosong', 635,000.00. Hits carian untuk keyword 'jawatan kosong' dan 135,000.00 untuk kerja kosong kerajaan. Yang lebih menariknya keyword-keyword ini kurang saingan! Ini bermaksud kalau anda jual produk tentang kerja kosong seperti ebook cara lulus temuduga atau pun ebook kerja kerajaan maka anda boleh menjual dengan mudah kerana kurang saingan dan prospek akan membeli dari iklan anda kerana hanya anda sahaja yang tawarkan produk berkenaan kerja kosong ini! Nak cari produk affliate untuk keyword ini hanya perlu search di Google dengan kata carian 'affiliate+ebook kerja kosong' dan akan keluar lah ebook-ebook berkaitan dengan niche kerjaya yang menawarkan komisen affiliate. Mudah tak?

Okay. Langkah seterusnya. Ingat tak tentang keyword yang kita target tadi? Keyword tersebut adalah hasil carian mereka. Maknanya mereka sedang mencari dan memerlukan maklumat atau pun produk mengenai carian mereka tadi.

Jadi apabila mereka mencari maklumat dengan menggunakan keyword yang anda pilih untuk sasarkan iklan itu tadi maka secara tak langsung prospek akan terjumpa iklan kamu dan lebih tertarik untuk klik kerana ianya lebih highlight di paparan carian Google. Setelah mereka klik iklan anda tadi, mereka baca surat jualan produk dan jika mereka berminat akhirnya mereka membeli produk affiliate yang kamu promosi dari melalui Google Adwords. Nah! anda dah menang pada hari tersebut!

Sekarang mari kita lihat bagaimana kos Google Adwords RM150.00 itu tadi boleh berganda keuntungannya.

Dengan modal RM150.00 anda boleh dapat 1000 prospek berpotensi tinggiuntuk membeli. Katakan 10% daripada pelawat anda membeli produk affiliate yang bernilai RM50.00 dengan nilai komisen RM25.00. Buktinya? Tengok matematik mudah ini...

Pelawat = 1000
10% membeli = 100
Komisen ( 25 x 100 ) = RM2500

Baru sehari dah dapat RM2500. Kalau tiap-tiap hari ada sales sebegini, tak ke gila anda dibuatnya? Duit flow-in masuk bank setiap hari!

Dan taktik 'jahat nak mampus' sebegini sangat-sangat menguntungkan bagi anda yang memjalankan perniagaan Affiliate Marketing di internet. Hebatkan penangan Google Adwords? 

Tapi, untuk anda mahir dalam Seni Adwords, and wajib pakar dalam silibus teori penguasaan Google Adwords ini. Gambar di bawah menunjukkan apa yang perlu anda kuasai untuk menakluk Google Adwords.




Saya sendiri pun tak mampu bercakap banyak.. dan saya tak boleh bercakap banyak selagi saya masih belum kuasai ilmu-ilmu advanced seperti ini. Tapi saya pasti anda mahu belajar kan? Kalau tak, tak ada la anda semua baca post saya di blog ini.

Nak tahu dengan lebih lanjut? Klik di SINI.

Posted By: Unknown on Friday, October 17, 2014

Tuesday, October 14, 2014

Diskusi Terhebat Malam Ini



Kegemparan dalam lapangan bisnes emas berikutan fatwa mengelirukan Majlis Agama (saya suspek mereka juga dibelenggu tangan-tangan ghaib) dan pernyataan amaran Bank Negara Malaysia (BNM) yang dinampak sebagai mengikut telunjuk 'The Rothschilds Banking System' dan disokong oleh taikun-taikun emas yang tercabar oleh kebangkitan penguasaan peniaga dan pengusaha emas Melayu Islam di Malaysia sangat-sangat membimbangkan.

Sudah semestinya usahawan-usahawan emas terkenal yang sanggup turun membantu Ummah dengan ikhlas seperti Tok Belagak dan lain-lain sangat terkesan dengan segala taktik kotor yang mahukan umat Islam Malaysia bergantung harap kepada insitusi-institusi bank yang sudah pun tenat dengan kebangkitan usahawan emas di akhir zaman ini. Ditambah pula dengan Ar-Rahnu pos serta institusi lain yang telah mengeluarkan surat pekeliling untuk tidak menerima segala jenis emas (barang kemas, Gold Bar) daripada syarikat Darul Emas Dan Perak Berhad (DEPB) serta syarikat-syarikat tempatan yang lain telah pun menimbulkan suasana yang sangat menyakitkan hati. Ianya sudah sampai ke tahap di mana saya terbaca komen marah di Facebook yang berkata, "bagilah geng-geng Rothschilds ni makan duit haram sampai mereka mampus!". Ada pula yang menyatakan protes terhadap dasar-dasar menindas milik institusi bank ini dengan cara dapat saja duit di akhir bulan, terus keluarkan (cash out) sampai tinggal RM1 atau RM10 saja. Kata mereka, simpan dalam peti besi solid lebih baik an afdhal dari simpan di bank yang menindas rakyat.

Apakah Malaysia sudah pun dikuasai sepenuhnya oleh Tangan-Tangan Ghaib (Illuminati dan sewaktu dengannya)? Adakah sasaran mereka orang-orang Melayu yang mahu bebas dari kawalan matawang dan institusi bank yang maha menindas, supaya orang-orang Melayu dapat dilumpuhkan akidah dan pegangan agama mereka dengan memaksa mereka bertuhankan duit dan institusi bank konvensional dan Isle (nama bajet Islamik tapi serupa Yahudi Rothschilds)?

Itu antara persoalan yang bermain dalam fikiran saya sekarang setelah melihat adanya usaha-usaha songsang dan maha jahat untuk mencantas kebangkitan ekonomi orang Islam di Malaysia sekarang ini.

Saya sempat bersembang dengan salah seorang usahawan perniagaan internet yang terkenal iaitu RK (Raja Kamil), yang merasa agak sedih dengan apa yang berlaku sekarang. Beliau adalah antara usahawan-usahawan perniagaan internet yang banyak membantu perkembangan ekonomi Ummmah dengan menyediakan program-program bisnes internet dan juga panduan-panduan hebat untuk membantu orang Melayu memulakan tapak perniagaan internet sama ada dengan cara perniagaan e-book, program affiliate dan lain-lain. Antara produknya yang terkenal adalah Panduan RM50,000K Dengan Menjual E-Book yang terbukti telah mengispirasikan satu kebangkitan peniaga e-book di kalangan orang Melayu Islam di internet.

Dan Alhamdulillah, kami punya aspirasi yang sama iaitu Alif (Agama), Ba (Bangsa) dan Ta (Tanahair). Misi kami; membantu kebangkitan kekuatan Ummah dari segi ekonomi.

Musyawarah genting.

Saya ambil sedikit daripada diskusi kami di Facebook (mohon izin ya tuan RK). 

-------------------------

Saya : ...saya kasihan dengan peniaga dan usahawan emas seperti Tok Belagak dan lain-lain tu. Mereka peniaga yang jujur.

RK : Kita tak boleh berbuat apa-apa. Yang bising-bising marah-marah Tok Belagak and the gang di luar sana pun tak guna juga. Biarlah mereka uruskan. Kita kenalah support mereka. Saya beli emas untuk simpanan masa Dajjal keluar nanti. Tapi setakat simpan saja, mana pulangannya? Hehehe.

Saya : Haha, hebat ilmu tuan. Orang ramai masih enak dibuai mimpi indah tapi mereka tak tau yang fitnah Dajjal sudah berleluasa. Tunggu masa nak ngap kita habis-habisan saja. Tuan memang ada mata yang tajam. Dan... ya, betul tuan. Lagipun kita wajib tolong support mereka, itu perniagaan Ummah. Kalau mereka jatuh, tiada siapa lagi yang mampu bangkit.

RK : Sudah Sunnatullah. Tiada yang senang dalam perjuangan. Sebab itu dalam mana juga lapangan kita, kita wajib buat yang terbaik. Ini Jihad kita. Orang tak pandang segaknya pakaian kita, orang pandang gerak kerja kita. Bagus kerja kita, baguslah pandangan orang terhadap kita.

Saya : Benar tuan. Saya sudah pun melihat adanya usaha-usaha jahat untuk menjadikan orang Melayu sebagai pelarian dan pengemis yang merempat di tanah air sendiri. Tengok saja berapa ramai orang yang sanggup menyelewengkan fakta sejarah Melayu untuk menyerang orang Melayu dan menidakkan hak mereka. Ada pula yang memperkatakan sebagai contoh, adat persandingan orang Melayu itu adalah amalan haram dan sebagainya. Kita sudah diserang dari pelbagai sudut, tapi orang kita masih tak sedar lagi. Itu yang Srikandi, Al-Semantani Jones dan Ibnu Rusyd keluarkan buku Sejarah Melayu untuk menangkis fakta songsang puak-puak busuk hati ini.

RK : "Sejarah ditulis orang yang menang". Kita nak kalah apa nye, berlawan pun tak lagi. hehe. Sebab dia satu je. Budaya kita sekarang ni, bukan budaya ilmu. Penyampaian ilmu hanya dalam bentuk yang boleh disangkal, langsung takda basis. Tapi, bila saya baca The Patriot, Srikandi, saya suka. Inilah Melayu sebenar. Buat kerja bersungguh-sungguh.

Saya : Hmmm, ilmu diajar cukup sekadar untuk dapat straight 'A' dalam PT-3, SPM bagai. Mana pergi barakah dan keberkatan ilmunya saya pun tak tau.

RK : Bangsa yang agung adalah bangsa yang tidak pernah lupakan asal-usulnya.

Saya : Masya-Allah benar tuan. Lupa sejarah, mati budaya, mati anak bangsa. Tuan, kiranya... ada harapan tak kalau saya tulis e-book dengan niche 'Konspirasi' seperti yang sedang meletup di Amerika sekarang ini? Lagipun banyak sudah tanda-tanda permainan Tangan Ghaib (The Hidden Hands) yang kita sudah nampak akhir-akhir ini. Sepertinya ada usaha untuk jadikan Malaysia satu negara taghut yang menentang hukum Allah.

RK : Haha, ada masa datanglah ke rumah saya. Kita boleh diskus sambil minum Reevoo.

Saya : Hehehehe, boleh saja boss~

-------------------------

Nasihat saya, keluarlah dari kepompong bidak catur yang telah mengatur hidup anda untuk mengabdikan diri kepada duit selama ini. Keluarlah berniaga, lakukanlah apa-apa yang jujur lagi berkat untuk mengeluarkan diri anda dari belenggu hutang. Belajarlah ilmu berniaga, offline ataupun online di internet, dan janalah sebanyak mana wang yang anda mahu. Berikanlah zakat, hulurkanlah panduan kepada yang tidak mampu, bersedekahlah sebanyak mungkin dan bantulah Ummah sedaya yang anda mampu.

Malaysia adalah pentas jihad kita dari segi ekonomi. Orang Melayu dulu mampu jatuhkan Malayan Union dengan jihad politik. Sekarang tiba masa kita untuk beraksi dalam lapangan ekonomi pula.

INI JIHAD KITA.

Posted By: Unknown on Tuesday, October 14, 2014

Monday, October 13, 2014

Optimumkan Blog Anda



Saya baru saja berhempas pulas menggodek kod 'html' untuk blog ini dari sejam yang tadi. Susah juga nak memahami gaya operasi kod-kod 'html' seperti ini, tambah lagi seorang yang asalnya buta IT seperti saya ni. Tapi insya-Allah jika anda sudah memahaminya, tiada masalah lagi untuk anda meng-optimumkan blog anda semaksimum yang mungkin.

Jadi, saya mulakan dengan template blog.

Apa kepentingan template blog?

  1. Template blog yang ringkas tapi menarik itu akan menarik perhatian pengunjung.
  2. Template yang berterabur dan sarat dengan widget yang mengarut akan menyakitkan hati pengunjung kerana masa untuk loading blog menjadi lambat.
  3. Apabila pengunjung datang, maka peluang itulah yang kita wajib guna untuk menjana pendapatan melalui blog kita dengan kehadiran Google Adsense, Nuffnang dan sebagainya. 
  4. Trafik blog kita akan bertambah jika template blog kita menarik perhatian pengunjung. First impression is always the final verdict (Pandangan pertama selalunya mencerminkan persepsi akhir kita), orang Inggeris selalu kata. Jadi bolehlah tolak ke tepi ayat "Don't judge the book by its cover" itu.

---------------------

Pada yang mahu belajar cari menjana pendapatan dengan Google Adsense, bolehlah klik di link ini - PanduanJanaDuitAdsense.com
--------------------



Tips template blog yang akan saya berikan kali ini adalah : 
  1. Pastikan template blog anda ringkas tetapi catchy. 
  2. Kalau mahu, boleh saja download template versi responsive dan mesra SEO. Itu akan menambahkan peluang blog anda untuk menjejak masuk ke dalam enjin carian web (Google, Bing, Yahoo dan sebagainya)
  3. Jangan beratkan blog anda dengan widget yang mengarut dan tidak penting. 
  4. Pastikan blog anda boleh dibuka dengan masa loading yang singkat. Terlalu banyak widget dan segala iklan-iklan yang menyemak mata akan mengakibatkan orang naik geram dan tak akan kembali ke blog anda. 
  5. Template blog anda haruslah mempunya warna dan tidak hanya black-and-white saja. Janganlah terlalu ringkas sangat. Tak menarik pula. 
  6. Iklan produk affiliate anda beserta iklan Nuffnang, Google Adsense dan sebagainya haruslah diletakkan pada tempat yang sesuai dan tidak terlampau messy. Ini bertujuan untuk menarik perhatian pengunjung untuk klik iklan tersebut dan pada masa yang sama, tidak memberikan mereka sebarang sebab untuk merasa geram dengan blog anda. 
Simple dan boleh dicuba pada bila-bila masa, bukan?

Posted By: Unknown on Monday, October 13, 2014

Thursday, October 02, 2014

Jom Bertani!



Harga barang dah makin naik. Harga makanan dan minuman pun dah naik. Harga tarif elektrik pun tinggi. Dengar kata minyak RON95 dan Diesel naik 20 sen bermula tengah malam ini. Tapi gaji tak pernah naik-naik.

Apa kata rakyat?

Dataran Merdeka?

Malaysian Spring?

Demonstrasi dan rusuhan?

Baring tengah jalan?

Jerit 'Allahu Akbar' dan tumbangkan kerajaan?

Lawan tetap lawan?

Masak minda orang kita, asyik kerja bergaduh saja. Tak hairanlah terlampau padat elemen negatif dalam udara Malaysia sekarang ini.

Mari dengar cerita saya. Ini khas untuk orang-orang yang ada tanah terbiar, tanah pusaka kosong tak berdiri rumah bagai, dan orang yang ingin membeli tanah. Kita balik saja ke pertanian asas. Mesti ada orang kata, apa barang bertani? Tak modenlah macam ni. 

Okay, cakaplah pada orang ini. Ex-kapten kapal. Sekarang mengajar di salah sebuah akademi laut terulung di Malaysia. Apa side income-nya? 

BERTANI. Tanam cili di tanah 2 - 3 ekar dan jual pada orang ramai dan syarikat makanan tempatan. Untung? RM10,000 sebulan.

Cili padi hijau pedas bos.

Bunga dan buah cili padi.

Capt. Nizam bersama ladang cili-nya.

Luas tak luas lah ladangnya. Ada lagi 2 ekar berdekatan
dengan lokasi ini.


Pokok pra-matang yang baru saja ditanam. Perlukan 2 bulan
untuk mula berbuah.

Orang kata, tak kisahlah apa saja kelayakan kau pun. Degree ke, diploma ke, master ke. Tapi kalau kau berbudi pada tanah, Allah akan balas balik dengan berlipat ganda kerana kau telah berjasa kepada bumi. Daripada asyik mengomel tak dapat kerja, nak kerja dalam bilik aircond, lebih baik kita bercucuk tanam. Mulakan dengan sedikit modal dahulu. Insya-Allah dalam masa 5 tahun nanti, tengoklah siapa yang akan jadi jutawan nanti. Kita berusaha, Allah yang menentukan. Tetapi Allah sudah berjanji, Dia akan balas golongan yang berusaha keras dan tidak berputus asa dalam mencari rezeki halal dengan ganjaran yang sangat hebat. Yang penting hanyalah berserah dan bertawakkal kepada-Nya saja.

Terima kasih Kapt. Nizam kerana telah sudi mencurahkan ilmu perladangan dan pertanian kepada saya, di samping ilmu perkapalan dan pelayaran. Semoga Allah merahmati Kapt. serta keluarga dan mencurahkan rezeki yang maha banyak kepada Kapt.

Terima kasih.


p/s : Sesiapa yang asyik mengadu tiket penerbangan mahal, saya ada solusinya di sini. Jangan malu, jangan segan. Anda boleh gunakan teknik rahsia yang saya berikan ini seumur hidup anda, untuk kesenangan anda. Langganlah newsletter blog ini dengan memasukkan nama dan e-mel anda di ruangan atas, sebelah kanan. Saya gembira membantu anda.


Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي

Posted By: Unknown on Thursday, October 02, 2014

Saturday, September 27, 2014

Buat Duit Dengan Program Affiliate?

Orang selalu bertanya pada saya, bagaimana saya buat duit di internet? Adakah melalui blogging? Main sistem MLM?

Saya selalunya tersenyum dan gelengkan kepala. Blog adalah blog, dan saya bukannya kaki main sistem MLM. Prinsip perniagaan saya adalah untuk menyenangkan pelanggan dan masyarakat umum, bukannya untuk menyusahkan mereka lagi. Cukuplah kita semua merasa perit jerih akibat kenaikan harga barang, kenaikan cukai, kondisi ekonomi yang tak menentu pada masa kini.


KEDAI SUDAH DIBUKA~!

Jadi, bagaimana cara saya menjana pendapatan di internet?

Ianya adalah melalui sistem Affiliate. Saya hanya perlu promosikan produk yang telah dipersetujui untuk saya promosikan selepas saya mengambil kira kegunaannya untuk masyarakat umum, keberkesanannya untuk menyelesaikan masalah masyarakat umum serta kesan positif untuk masyarakat umum.

Perkara pertama yang saya buat adalah :
  1. Kaji produk tersebut dengan sangat teliti. 
  2. Tengok level keberkesanan produk itu untuk menyelesaikan masalah pelanggan.
  3. Kaji efek positif produk itu kepada masyarakat umum.
Perkara kedua pula adalah berkenaan dengan promosi. Bagaimana saya membuat promosi?
  1. Kaji pasaran umum.
  2. Mulakan dengan membina blog, bagi yang masih tidak mempunyai blog.
  3. Bagi yang sudah mempunyai blog, tuliskan artikel review anda untuk produk tersebut.
  4. Pasarkan produk affiliate anda itu ke blog anda
  5. Anda boleh mula membuat promosi ke laman sosial (Facebook, Friendster, Twitter, Pinster, Myspace, Umma-land dan sebagainya)
  6. Pastikan anda juga membuat promosi di laman forum dan laman-laman pengiklanan yang lain.
  7. Bina strategi pemasaran e-mel. 
  8. Tulis artikel dan hantarkannya ke laman-laman web artikel serta media massa. 
Terdapat banyak lagi cara untuk anda membuat promosi selain tujuh perkara basic di atas. Tapi pantang-larang semua kaedah ini cuma satu, lakukanlah mengikut peraturan laman web yang anda kunjungi dan jangan sesekali melakukan promosi spam. Nak cari rezeki halal kenalah gunakan kaedah halal, betul tak? Janganlah sampai menyakitkan hati orang lain, itu sudah dikira zalim dan jatuh dalam hukum haram.

Saya akan huraikan dengan panjang lebar mengenai strategi pemasaran yang saya belajar dari sifu-sifu perniagaan internet di Malaysia dalam post yang seterusnya.


p/s : Siapa kaki melancong di sini? Siapa antara anda yang kerap gunakan penerbangan komersial? Susah nak cari tiket murah? E-book ini sangat berguna untuk anda yang suka melancong. Untuk makluman lanjut, langganlah newsletter saya (di penjuru kanan, atas).


Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي

Posted By: Unknown on Saturday, September 27, 2014

Thursday, September 25, 2014

Waktu Pagi Itu Rezeki


“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)


Waktu pagi selalunya adalah suatu pemandangan yang cukup indah. Cukup indah sehingga anda boleh tertarik melihat pemandangan matahari terbit disertai dengan kicauan burung dan desiran angin bayu pagi.

Kalau anda tanya rahsia orang tua yang kekal sihat di masa tua mereka, rata-ratanya akan berkata, "Rahsia? Bangun pagi, dik. Sebelum subuh sudah bangun.". Ini kerana pada masa itulah udara di sekeliling kita adalah betul-betul bersih dan munculnya partikel-partikel ion positif. Sudah tentu elemen-elemen ini akan membantu kesihatan badan.

Kalau untuk orang Islam pula, waktu pagi adalah senjata rahsia utama pencarian rezeki Muslimin dan Muslimat. Barangsiapa yang menguasai waktu pagi, bererti dia akan berjaya dalam hidupnya. Ini sudah janji Allah ketika mewahyukan solat sunat Dhuha kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dulu.

Bagaimana untuk umat Islam menguasai waktu pagi?

Posted By: Unknown on Thursday, September 25, 2014

Sunday, September 21, 2014

Jana Pendapatan di Internet

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, para pembaca sekalian. Semoga anda semua dirahmati Ilahi selalu.

Saya tahu, topik ini mungkin sudah lapuk dan sesetengah pengguna internet mungkin telah mengalami pengalaman buruk sepanjang percubaan untuk menjana pendapatan dari internet. Jatuh bangun adalah perkara biasa dalam kehidupan. Yang penting adalah kebolehan anda untuk bangkit dari kegagalan. Itulah yang mejadikan anda seorang yang sangat istimewa di hadrat Allah Taala, kerana Dia cintakan hamba-Nya yang kuat semangat dan tidak pernah berputus asa.


Nak berniaga di internet? 

Posted By: Unknown on Sunday, September 21, 2014

Saturday, September 20, 2014

10 Faktor Kegagalan Penulis Ebook

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua pengikut tegar blog ini, semoga anda semua dirahmati dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Ilahi.

Dalam post ini saya akan terangkan 10 faktor kegagalan penulis Ebook. J. A. Konrath, seorang jutawan Ebook Amerika Syarikat yang telah membina empyar jualan sebanyak 10 juta USD setahun, pernah menggariskan 10 faktor kegagalan penulis Ebook. Dan pada post kali ini, saya akan menerangkannya berdasarkan pengamatan dan pengalaman beliau.



10 Sebab Yang Wajib Penulis Ebook Perhatikan

Posted By: Unknown on Saturday, September 20, 2014

Friday, September 19, 2014

Fundamental Penulisan EBook

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua.

Sihat? Alhamdulillah. Tak sabar tunggu tips seterusnya? Baiklah, saya pun tak mahu berucap dengan panjang lebar lagi.


Posted By: Unknown on Friday, September 19, 2014

Thursday, September 18, 2014

Ebook, Prinsip dan Kepentingannya

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dimuliakan Allah sekalian. Saya doakan semua supaya berada di bawah rahmat Ilahi selalu. Sebelum ini kita sudah membincangkan tentang langkah awal dan kesilapan biasa yang dihadapi oleh penulis E-Book yang masih baru dalam bidang penghasilan dan penjualan E-Book ini.



E-Book, Prinsipnya dan Kepentingannya

Hari ini kita akan membincangkan tentang E-Book dan prinsipnya pula. Perlu diingatkan supaya anda faham apa fungsi dan kekuatan E-Book ini yang menjadikannya terkenal di dunia elektronik masa kini berbanding buku-buku kertas.

Posted By: Unknown on Thursday, September 18, 2014

Wednesday, September 17, 2014

Kesilapan Dalam Menulis EBook

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dimuliakan oleh Allah sekalian. Saya berharap anda semua sihat sentiasa.

Bertemu kita dalam diskusi yang seterusnya berkaitan panduan membuat E-Book. Sebelum saya menyentuh dengan lebih mendalam tentang proses pembuatan E-book ini, saya ingin menjawab persoalan demi persoalan yang bermain di fikiran anda semua.



Posted By: Unknown on Wednesday, September 17, 2014

Tuesday, September 16, 2014

Elemen Penting Penulisan EBook

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Semoga semua dirahmati Ilahi selalu hendaknya. 

Topik hari ini agak berat sedikit, tapi percayalah. Ianya sangat bagus untuk para pembaca yang ingin menghasilkan e-book sendiri dan menjualnya. Tapi saya tidak ingin masuk ke dalam diskusi topik cara-cara menjual e-book dahulu. Elok saja kita teliti bagaimana untuk menghasilkan e-book itu sendiri. Dan amaran, sila baca artikel ini sampai habis kerana ada buah tangan percuma untuk anda di akhir artikel ini nanti.

Sebagai seorang yang agak berpengalaman dalam menulis artikel untuk surat khabar dan majalah (saya juga melukis komik dulu), saya sangat maklum dengan segala macam masalah untuk menghasilkan isi e-book yang sangat berkualiti. Malah saya juga berguru dengan sifu-sifu e-book di internet yang mana mereka telah memberikan saya tunjuk ajar dan nasihat yang sangat bagus. Ini termasuklah abang Labanon, bro SmartZul, abang Irfan Khairi, encik Zamri Nanyan dan sebagainya. Terima kasih, guru-guruku.




Hari ni saya akan membincangkan tentang permasalahan yang bermain di minda anda semua tentang pembuatan e-book dahulu. Tak perlu tergesa-gesa, ilmu takkan datang gedebuk sekaligus. Kena ambil sedikit demi sedikit supaya mudah dihadamkan dan mudah untuk diingati.

Posted By: Unknown on Tuesday, September 16, 2014

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes