7 Tips Berkesan Pemasaran Fanpage | SERBA ALAH SERBA ALAH: 7 Tips Berkesan Pemasaran Fanpage
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Sunday, June 07, 2015

7 Tips Berkesan Pemasaran Fanpage

Keinginan untuk punya bisnes online sendiri melalui fanpage facebook merupakan satu perkara biasa di kalangan kita pada hari ini. Pasti anda sudah mendengar banyak cerita dari kenalan dan rakan-rakan yang lain tentang kejayan masing-masing dalam membangunkan perniagaan di fanpage masing-masing.

Ada yang menjual produk kecantikan, ada yang menjual produk kesihatan, dan ada pula yang menjual barangan untuk penjagaan bayi. Yang membuatkan anda terbeliak biji mata ialah satu-satu posting yang mereka lakukan di fanpage masing-masing, mempunyai ribuan respond untuk meminta admin PM harga, PM cara belian dan sebagainya.

Jika anda juga mahu membina empayar perniagaan anda sendiri melalui fanpage, mengapa tidak anda mengambil langkah pertama untuk turut terlibat sama dalam bidang ini? Usah risau jika anda masih belum punya pengalaman. Melalui artikel ini, anda akan di berikan beberapa tips untuk memulakan bisnes online anda melalui fanpage facebook. Antara tips untuk anda ialah :

Tip 1 : Pilih produk yang mempunyai pasaran besar.
Setiap produk yang anda mahu jual pasti ada permintaanya sendiri. Namun anda di galakkan memilih produk yang mempunyai pasaran yang berskala besar agar kerja pasaran yang anda lakukan lebih mudah. Lebih ramai yang berminat dengan produk anda, lebih ramai jangkaan orang yang akan membeli dari anda.

Ini juga antara tips yang di berikan oleh mereka yang sudah sukses berniaga melalui fanpage itu sendiri. Katanya, anda hanya perlu lihat apa yang sedang viral di facebook. Biasanya ia juga akan memberi hint kepada anda bahawa sales anda akan berjaya. Apa ya contoh produk yang selalu mendapat sambutan dari orang ramai melaui facebook?
Anda boleh mula menjual produk kecantikan seperti set penjagaan wajah, atau produk merawat jerawat, menghilangkan jeragat dan menguragkan bintik hitam. Ini adalah antara produk yang sangat laku keras di facebook.

Niche lain juga seperti penjagaan kesihatan seperti mengurangkan berat badan, mengurangkan toksin atau set makanan tambahan untuk pesakit gastrik juga sering terjual di fanpage.

Niche pakaian juga menjadi antara yang di minati ramai seperti pakaian untuk orang dewasa, bayi, dan juga pakaian Islamik seperti jubbah. Jika anda tahu di mana ingin mencari pembekal semua barangan dan produk ini, maka cuba deal untuk dapatkan harga termurah dan jual semula di laman fanpage anda.

Tip 2 : Sertai dropship atau affiliate

Mengapa anda di galakkan untuk sertai program dropship atau affiliate untuk berniaga di fanpage? Pertama, anda tidak perlu susah payah untuk buat produk sendiri. Anda juga tidak perlu untuk deal dengan kilang bagi menghasilkan produk yang baru.

Begitu juga dengan berurusan dengan pembekal. Anda hanya perlu focus kepada urusan pemasaran dan juga urusan kutip bayaran dari pembeli sahaja. Selebihnya, urusan pembungkusa produk akan di uruskan oleh founder produk itu sendiri.

Produk affiliate pula seperti produk dari website clickbank dan ashadee juga sangat membantu anda dalam urusan jual beli. Anda hanya perlu promosikan link affiliate anda melalui fanpage anda di facebook. Selebihnya anda hanya perlu menunggu komisyen di bayar kepada anda setiap bulan.

Oleh itu, berniaga di fanpage facebook sambil menggunakan system affiliate atau dropship ini sangat di galakkan buat anda yang mahu menceburi bidang ini. Antara contoh syarikat yang menawarkan system dropship ini ialah produk dari MZ dan juga Azanis  seperti ini :

A

Tip 3 : Post tips percuma
Sangat di sarankan anda untuk menggunakan posting yang mempunyai perkongsian percuma terlebih dahulu dalam usaha untuk memperkenalkan fanpage anda kepada orang ramai. Selain itu cara ini juga dapat mengumpul like serta menambah kepercayaan orang ramai terhadap fanpage anda sebelum membeli.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai fanpage yang menjual produk barangan bayi, anda boleh melakukan posting berkaitan dengan tips penjagaan bayi, tips untuk penyusuan bagi para ibu dan sebagainya.

Apabila sesuatu posting itu bermanfaat, pasti sharing dan viral akan berlaku. Maka dengan itu fanpage anda semakin mendapat pendedahan dan publisiti di mata orang ramai.

Perkongsian tips percuma yang anda lakukan itu juga akan membuka mata orang ramai bahawa anda di lihat sebagai seorang yang profesioanal dan berpengetahuan dalam niche yang anda ceburi. Bila kepercayaan sudah ada, maka apabila anda mahu menjual sesuatu produk, para pembeli tidak teragak-agak mahu membeli dari anda, apalagi jika produk yang anda tawarkan sangat bagus dan banyak manfaat. Maka di sini, buat posting berkaitan free tips terlebih dahulu barulah anda mulakan dengan posting yang mempunyai unsur jualan pula.

Tip 4 : Guna gambar sebelum dan selepas
Apabila anda mahu memulakan posting untuk menjual di laman fanage anda, penggunaan gambar sebelum dan selepas sangat memberi impak kepada orang ramai. Cara ini anda boleh gunakan untuk menjual produk seperti penurunan berat badan, penjagaan kulit wajah, penjagaan untuk kereta dan sebagainya.

Gambar sebelum dan selepas di katakana memberi impak yang luar biasa kerana ia sudah memberi jawapan bahawa produk yang di tawarkan sungguh berkesan. Anda juga boleh menggunakan video rakaman untuk mewawancara sesiapa yang sudi untuk bercakap tentang produk yang anda jual itu.

Jika anda sendiri yang punya pengalaman dalam menggunakan produk itu, maka itu adalah yang terbaik.

Tip 5 : Penggunaan gambar secara keseluruhan
Bagaimana pula jika produk yang anda jual itu bukanlah produk yang membabitkan sebelum dan selepas seperti produk untuk kuruskan badan? Katakanlah anda menjual produk seperti baju bayi dan juga baju muslimah. Bagaimana untuk menarik perhatian orang ramai untuk melihat tawaran  anda itu?

Pertama, guna gambar yang mempunyai kualiti yang bagus. Elakkan daripada mengupload gambar yang kelihatan hambar dan kabur. Pastikan penggunaan warna pada gambar anda itu jelas dan terang dan menarik untuk di pandang.

Jika boleh, gunakan warna putih sebagai warna latar belakang produk anda. Dengan cara ini, imej produk anda akan kelihatan lebih menonjol. Lihat contoh gambar di bawah, antara gambar A dan B, maka pilihan gambar B adalah lebih baik untuk anda gunakan di fanpage anda.

B

Tip 6 :  Gunakan facebook ads
Facebook ads adalah antara cara yang sangat berkesan untuk boost posting jualan yang anda lakukan melalui fanpage. Anda hanya perlu menggunakan facebook ads dengan cara yang bijak iaitu dengan mensasarkan prospek yang tepat dan berpotensi untuk menjadi pembeli.

Biasanya anda akan menerima banyak respond seperti komen bertanyakan hal itu dan ini tentang produk yang anda promosikan. Anda boleh jawab terus dengan reply di ruang komen atau minta mereka PM anda jika mereka berminat. Pastikan setiap pertanyaan yang anda dapat di beri maklum balas dalam tempoh 24-48 jam.

Anda boleh sertai seminar khusus untuk menggunakan facebook ads untuk jualan seperti seminar yang di adakan oleh Ammar Zahara atau Jamal Sifu FbAds.

Tip 7 : Ambil nota tempahan
Sangat penting untuk anda uruskan semua kerja anda seperti tempahan dari pelanggan dan sebagainya. Ia akan meliputi perkara seperti bayaran pelanggan, urusan penghantaran dan juga makluman tracking number.

Jika anda memutuskan untuk menyertai system affiliate atau dropship, maka untuk kerja seperti pembungkusan dan juga penghantaran produk kepada pembeli akan di uruskan oleh pemilik produk. Anda boleh kekal focus untuk menjawab soalan pembeli dan mencatat urusan bayaran.

Tip 8 : Follow up pembeli
Anda perlu follow up pembeli anda dengan kadar yang segera. Ia bermula selepas mereka bertanyakan kepada anda tentang produk yang anda post di fanpage. Jika mereka PM anda itu tandanya mereka berminat. Anda hanya perlu rajin untuk bertanya tentang minat mereka apakah mereka mahu membeli dan membuat bayaran?

Nyatakan cara bayaran yang paling mudah untuk mereka lakukan seperti melalui perbankan online CIMB atau Maybank. Selepas mereka buat bayaran, segeralah lakukan proses bungkusan dan penghantaran.

Jika anda melakukan dropship, terus buat bayaran dan hubungi founder produk untuk pastikan penghantaran di lakukan dengan segera. Setelah proses penghantaran di lakukan, follow up pembeli sekali lagi untuk menyatakan status penghantaran. Biar mereka tahu bahawa produk yang mereka beli sudah pun berjaya di pos. Jika ada tracking number seperti melalui pos laju atau post berdaftar, berikan nombor rujukan pos itu kepada mereka agar mereka boleh lihat status penghantaran dari masa ke semasa.

Setelah anda agak barang sudah sampai ke tangan pembeli, follow up mereka sekali lagi untuk bertanyakan samada barang sudah sampai ke tangan mereka atau tidak. Jika ada masalah, anda minta mereka rujuk kepada pihak pos. Jika alamatnya betul dan nombor telefon juga boleh di hubungi, seharusnya proses penghantaran berjalan dengan lancar.
Jika pembeli menerima produk yang di hantar dengan selamat, minta mereka maklumkan apakah produk itu dalam keadaan OK atau tidak. Setiap komen yang di berikan boleh di jadikan testimony untuk anda kongsi di fanpage anda nanti. Maklum balas dari pembeli sangatlah penting untuk bisnes online anda bagi jangka masa yang panjang.

Ini juga salah satu cara untuk anda gunakan bagi menyaingi pesaing anda. Anda punya pembeli anda sendiri dan anda juga mengumpul testimony anda sendiri. Jangan lupa untuk letakkan watermark di prinit screen gambar testimony tersebut sebelum anda letakkan ke fanpage anda. Bimbang juga jika hasil titik peluh anda itu akan di curi oleh pesaing yang lain.

Tip 9 : Urus situasi genting
Mana-mana bisnes yang di jalan di internet pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah apalagi antara anda dan pelanggan begitu juga bagi mereka yang berniaga melalui fanpage di facebook.

Antara situasi genting yang mungkin anda lalui ialah berlakunya masalah apabila produk yang di hantar itu salah. Apa yang perlu anda lakukan ialah minta pembeli untuk pulangkan semula produk tersebut dan anda akan menghantar produk yang betul kepada mereka.
Anda juga boleh tawarkan untuk pulangan wang kepada pembeli tersebut. Jika berlaku juga situasi di mana pesaing anda cuba untuk jatuhkan repitasi anda melalui ruang komen, anda hanya perlu delete komen tersebut dan fokus untuk hanya memberi respond kepada para pembeli anda sahaja.

Ini adalah situasi yang sering berlaku kepada mereka yang berniaga melalui fanpage. Jadi anda jangan merasa kaget dengan situasi seperti ini jika ia berlaku kepada anda. Anggap sahaja ia adalah antara adat resam dalam berniaga di internet apalagi berniaga melalui fanpage.

Setiap peniaga juga akan melalui pengalaman mereka tersendiri. Apa jua yang anda akan lalui, sangat penting untuk anda bersabar dan cuba untuk bertenang, berhemah dalam berbincang bersama pelanggan anda, insyaAllah semuanya akan menjadi baik nanti.

Tip 10 : Ulang dan ulang
Apabila anda sudah faham dengan jual beli yang berlaku melalui fanpage, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan melakukan proses ulangan untuk produk yang lain pula. Laman-kelamaan anda sendiri akan dapat melihat rentak perniagaan yang berlaku melalui fanpage.
Pengalaman dalam menjual produk pertama mungkin tidak sama dengan produk kedua, namun dengan setiap pengalaman yang anda lalui, semua gerak kerja anda akan menjadi semakin mudah keranda anda sudah makin mahir.

Penutup :
Baiklah, itu dia antara 10 tips yang boleh anda ikut bagi memulakan perniagaan melalui fanpage. Semoga semua tips di atas akan memberi anda idea dan input untuk memulakan perniagaan pertama anda melalui fanpage di facebook. Semoga anda sukses! ðŸ˜€


Artikel dipetik dari laman web : WangCyber.com
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes