Petua Merancang Percutian | SERBA ALAH SERBA ALAH: Petua Merancang Percutian
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Sunday, September 28, 2014

Petua Merancang Percutian

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua.

Kajian Forbes tahun 2011 telah menyatakan bahawa ramai orang yang mahu bercuti, tetapi mereka jadi keliru dengan percutian yang mereka jangkakan akibat tiada perancangan yang teliti. Ya, ianya nampak seperti mudah tetapi pada hakikatnya, percutian haruslah dirancang dengan teliti bagi kepuasan maksima anda. Apa guna kita bercuti tetapi pada akhir percutian tersebut, kita menjadi semakin tension dan tertekan. betul tak?

Rancanglah percutian anda dengan teliti.

Petua basic untuk anda merancang percutian anda adalah :
  1. Senaraikan tempat-tempat menarik yang anda mahu pergi. 
  2. Kaji perbelanjaan anda untuk setiap tempat tersebut. Harga tiket pesawat, harga tempat penginapan dan makanan, dan sebagainya.
  3. Pilih mana satu yang memenuhi citarasa anda, sesuai dengan niat anda untuk bercuti (membawa keluarga, backpacking seorang diri, honeymoon dengan isteri anda, bawa awek anda bersama, ataupun anda memang kerja mahu cari lubang merata-rata tempat) dan juga mematuhi had perbelanjaan anda. 
  4. Pilih mana kawasan penginapan yang sesuai dengan anda, dan juga harga yang ditawarkan. Pada masa inilah anda harus mencari harga promosi. 
  5. Periksa sama ada passport anda masih okay ataupun perlu diperbaharui. Dan diingatkan juga pada mana-mana yang tidak membayar wang pinjaman PTPTN, nama anda secara automatiknya akan di-blacklist. Jadi sila periksa dengan jabatan PTPTN untuk keselesaan anda.
  6. Tentukan tempoh percutian anda dan nilai perbelanjaan yang akan anda gunakan. Janganlah anda asalnya mahu bercuti di Amsterdam, akhirnya tersangkut pula di Red Light District dan perbelanjaan anda melebihi had yang anda sendiri sudah tentukan awal-awal lagi. Kawallah nafsu anda. (kecualilah anda memang mahu lepak di Red Light District)
  7. Tentukan tarikh anda pergi dan tarikh anda pulang. Itu berguna untuk anda ambil kira keselamatan harta benda dan rumah anda nanti.
  8. Beritahu jiran anda yang anda mahu pergi bercuti dan pulang pada tarikh yang ditetapkan oleh anda sendiri. Mintalah tolong mereka untuk jaga rumah anda sepanjang percutian anda. Kalau anda mahu, anda boleh beritahu balai polis yang berhampiran supaya mereka boleh membuat rondaan dan mengawal rumah anda. 
  9. Pastikan anda membawa pakaian yang mencukupi. Juga peralatan kebersihan anda seperti syampoo rambut, sabun, berus gigi, ubat gigi dan lain-lain lagi. Berjimat cermat akan membantu anda enjoy dalam percutian anda, percayalah.
  10. Jika anda mempunyai binatang peliharaan, saya cadangkan anda memberikannya kepada pusat penjagaan binatang peliharaan yang berhampiran untuk dijaga sementara anda pergi bercuti. Janganlah anda biarkan binatang peliharaan anda terseksa tak makan dan minum pula. Tak baik seksa binatang. 
  11. Pastikan sebelum anda pergi bercuti, segala mangkuk pinggan telah dicuci. Sampah juga sudah dibuang, rumah anda dikemas dengan rapi dan bersih. Pastikan tiada pili air yang terbuka, lampu yang terpasang, pili tiub gas sudah dicabut. Keselamatan dan kebersihan rumah anda sangat penting.
  12. Pastikan anda membawa segala barang mandatori seperti wang, telefon bimbit, dompet, passport dan sebagainya bersama anda. Jangan sampai kena tangkap dan dihumban masuk ke pusat pendatang asing (kalau anda melancong ke negara asing).
  13. Pastikan anda sudah ke hospital dan mendapatkan nasihat doktor sekiranya anda ingin ke luar negara. Vaksin akan diberikan oleh hospital (seperti contoh, jemaah haji dan umrah akan diberikan vaksin di hospital sebelum ke Tanah Suci).
  14. Pastikan anda sudah mendapat pengesahan kebenaran dan visa untuk masuk ke negara asing bagi tujuan bercuti. Kunci rumah anda bolehlah anda berikan satu salinan kepada jiran rumah anda, dan satu salinan lagi anda pegang. 
Perancangan sangat penting untuk anda bercuti dengan bebas dan tanpa sebarang kerisauan. Pastikan anda ikut semua tips yang dicadangkan. Insya-Allah percutian anda akan menjadi satu event yang akan anda kenang sampai bila-bila.


p/s : Siapa kaki melancong di sini? Siapa antara anda yang kerap gunakan penerbangan komersial? Susah nak cari tiket murah? E-book ini sangat berguna untuk anda yang suka melancong. Klik di SINI.


Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي

Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes