Impian Masih Tak Tercapai? | SERBA ALAH SERBA ALAH: Impian Masih Tak Tercapai?
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


Skillblogger

LiveZilla Live Help

Sunday, September 28, 2014

Impian Masih Tak Tercapai?

Saya pasti, semua orang punya impian sendiri. Tidak kiralah yang mempunyai impian untuk menjadi jutawan, seorang yang terkenal, mahupun impian untuk memiliki barang-barang tertentu. Tak kurang juga yang mempunyai impian untuk berkahwin dengan jejaka atau gadis impian mereka.


Tapi kenapa masih tidak tercapai? Itu satu persoalan yang membimbangkan semua orang, tidak terkecuali saya juga. Tiada siapa yang mampu menjawab persoalan ini. Tambah lagi orang yang sudah berusaha keras untuk menggapai impian tersendiri namun tidak dapat apa-apa pada akhirnya.

Ya, ini semua adalah dalam lingkungan rahsia Tuhan yang disorokkan daripada kita. Tuhan itu maha berkuasa, Dialah yang menentukan segalanya. Jadi seeloknya kita tidak patut marah pada takdir, qada' dan qadar kerana Tuhanlah yang menentukan segalanya. Jika kita marah pada takdir, ketentuan, qada' dan qadar, bermakna kita marah pada Tuhan juga. Habislah akidah kita dan pengakhiran kita adalah sebagai seorang yang musyrik dan kufur jika tidak sempat bertaubat.

Apa yang patut kita buat? Saya teringat lagi pesan guru agama saya iaitu, teruskan berdoa dan berzikir dengan penuh pengharapan kepada Tuhan. Adalah mustahil untuk Tuhan tidak berupaya untuk mendengar rintihan kita, bahkan Dia-lah maha mendengar lagi maha mengetahui isi hati kita.

Izinkan saya berkongsi satu dua ilmu dengan anda semua. 
  1. Buat solat hajat.
  2. Baca surah Yasin 3 kali, secara terus-menerus sekali dengan adab tertibnya sekali (termasuklah baca surah Al-Fatihah, istighfar dan berselawat pada mulanya, dan baca surah Al-Insyiirah, surah Al-Fiil, 4 Qul pada akhirnya)
  3. Zikirkan ayat 82 Surah Yasin (ayat yang ada kalimah ...kun fa ya kun) selama 100 kali sambil anda membayangkan hajat yang anda mahu minta dari Tuhan. 
  4. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW untuk 1,000 kali. 
  5. Berdoa memohon supaya Tuhan mengabulkan hajat anda. Kalau nak menangis merintih mengadu, inilah masa yang terbaik. Buat sepenuh hati sambil menyerahkan segala-galanya termasuklah diri anda kepada Tuhan. 
  6. Buatlah semua yang di atas tanpa tertinggal, selama 30 hari. 
Inilah antara petua 'hardcore' yang saya dapat dari para masyaikh (guru-guru tariqat dan para ulama') sepanjang saya menziarahi mereka, semoga Allah merahmati dan menyayangi mereka semua.

Kalau nak petua yang lain pun boleh, tapi syaratnya saya kenalah bertanya pada para masyaikh ini semua supaya mereka berkenan memberi keizinan untuk saya kurniakan ijazah pengamalan pada para pembaca semua. Ini kerana ada sebilangan amalan yang saya dapat adalah eksklusif untuk para pengamalnya saja khususnya untuk satu pertubuhan tarikat yang tertentu, jemaah tabligh tertentu dan sebagainya. Jadi, ada amalan yang saya boleh kongsikan dan ada amalan khusus yang saya terpaksa diamkan untuk kegunaan diri saja.

Sebagaimana susahnya kita mahu mencari ilmu, seperti itulah susahnya kita mahu memohon redha Tuhan dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Bahkan lebih susah lagi dengan kehadiran syaitan, Iblis, Ifrit yang sentiasa akan mengganggu kita dari mendekatkan diri pada-Nya.


Dan nasihat saya yang paling utama, janganlah berputus asa dengan rahmat Ilahi. Jangan. Jangan. Jangan sesekali berbuat begitu. Tuhan tidak pernah berputus asa dengan kita, kenapa kita mahu berputus asa dengan Dia pula? Tuhan itu maha penyabar, Dia sanggup bersabar dengan segala kerenah dan dosa kita. Kenapa kita tidak boleh bersabar dengan ujian dan dugaan-Nya pula?

Selamat beramal dan semoga berjaya.


p/s : Sesiapa yang asyik mengadu tiket penerbangan mahal, saya ada solusinya di sini. Jangan malu, jangan segan. Anda boleh gunakan teknik rahsia yang saya berikan ini seumur hidup anda, untuk kesenangan anda. Langganlah newsletter blog ini dengan memasukkan nama dan e-mel anda di ruangan atas, sebelah kanan. Saya gembira membantu anda.


Ikhlas dari,
Muhammad Shafrizal
Facebook account : محمد شفريزل عزمي
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Posted By: Shaf Azmi

0 KOMEN:

POST A COMMENT

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

POLIS TRAFIK

FACEBOOK PAGE

PARA PENGIKUT

Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Designed by :-Way2themes